Tuesday, October 13, 2015

Random Self Reflect

Bismillah..

Sebenarnya beberapa hari yang lepas dah nak update 
Tapi bila ngadap lappy, asyik tersangkut dengan benda lain je


Baiklah
Seperti tajuk entri yang tertera...
Aku nak share something yang aku selalu nak persoalkan


Korang pernah tak ada rasa ragu-ragu sebelum berbuat sesuatu?
Pernah, kan?
Aku pun sama. 
Tapi, aku selalu persoalkan apa yang aku nak buat
Okey, aku bagi situasi lah


Aku nak tulis nota, tapi aku tak ada pen
Aku nampak pen kawan aku
Aku dah ambik, nak tulis nota, macam biasa
Tapi bila aku nak mula menulis, tangan aku terhenti
Aku akan persoalkan diri aku..

"Tuan punya pen ni izinkan ke tidak aku pakai?"

"Macam mana kalau kat akhirat nanti dia tuntut?"

"Dia tak tahu, tapi ALLAH tengok"


Makanya tak jadilah aku nak menulis
Aku sanggup korek beg semata-mata nak cari sebatang pen
Padahal pen tadi ada depan mata
Tapi sebab aku overthinking sangat
Aku tak sanggup, tak sampai hati nak pakai barang orang tanpa izin


Lagipun sejak kecik lagi aku diajar untuk mintak izin 
Dalam apa jua situasi 
Mungkin aku dah terbiasa
Call me skema or whatever
But yeah, that's me :)


Jadi, aku nak tanya korang
Kalau korang dalam situasi aku tadi
Korang buat apa?
Teruskan pakai pen tersebut?
Pakai dulu baru mintak izin?
Atau pakai dan simpan macam hak sendiri?


Itu terpulang pada masing-masing lah kan?
Semua dah tahu erti dosa pahala
Berbalik kepada tajuk entri ni
Dah namanya "Random Self Reflect"
Jadi, mesti laa self reflect, kan?


Anyway, aku mintak maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa
Ampun maaf dunia akhirat
Sekian 
Wassalam...