Thursday, January 1, 2015

Malaysia Masih Aman

Bismillah...

Malam ini berlangsungnya Anugerah Juara Lagu yg ke-29
Sebenarnya it's not a big deal for me
But after what Malaysia have through last year, I think it is a big deal.


Yea, aku tahu laa majlis-majlis sebegitu diadakan untuk menghargai para seniman negara dan yang seangkatan dengannya.
Tapi perlukah artis-artis wanita Malaysia datang ke majlis tersebut seolah-olah mereka bukan Islam? **kalo bukan Islam, tak kisahlah.

Minggu lepas kecoh tentang kes gadis bertudung yg merelakan dirinya dipegang, dipeluk dan dicium oleh artis Korea
Dan ramailah yang tampil memberi komen negatif.
Pada aku, tak boleh jugak la nak salahkan sesiapa. 
Masing-masing dah besar, fikirlah sendiri baik buruk perbuatan anda. 


Ada pulak aku tengok video yang cakap "ALLAH yang izinkan benda tu berlaku"
Setahu aku, kalo benda yang haram, yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, tu semua salah dan silap kita.
Kalo tak, kenapa ada istilah malaikat tak mencatat perbuatan jahat kita selagi kita tak buat?
Nampak tak kat situ? Ke masih tak paham?
Maksud aku, benda yg ALLAH tak suka, itu semua pilihan kita


Ibarat pelacur yg berkata, "ALLAH yang izinkan aku melacur."
Ada ke patut? Seolah-olah menyalahkan ALLAH kenapa dia melacur
Tahu kan yang ALLAH takkan mengubah nasib hamba-hamba-NYA selagi mereka tidak mengubahnya sendiri?
Haa... Sama lah mcm gadis bertudung yang merelakan dirinya dipeluk oleh artis Korea tu.


Berbalik kpd AJL 29 dan majlis-majlis yg sewaktu dengannya
Artis Malaysia, sama tu jugak.
Berpakaian seolah-olah Malaysia bukan negara majoriti penduduknya beragama Islam.
Dalam filem, video muzik dan apa saja yang berkaitan dengan industri seni negara, semuanya halal.
Adegan pegang tangan, berpeluk dan lain-lain semuanya dibolehkan.
Atas nama seni dan hiburan.

 
Jadi, jangan laa nak marah kalo gadis bertudung tu dipeluk artis Korea.
Artis Malaysia pun lebih kurang.
Tak apalah...
Malaysia masih aman


Aku bukan nak marah sesiapa.
Tapi sebagai seorang Muslim dalam negara yang majoriti penduduk beragama Islam, aku jadi malu dengan keadaan negara ni.
Rohaniahnya tidak terbangun.
Rakyatnya disogok dengan kemajuan, hiburan dan pelbagai keseronokan duniawi.
Tapi drpd segi sahsiah dan rohaniahnya, hancur.
Tak apalah...
Malaysia masih aman.


Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte
Wassalam..