Tuesday, June 17, 2014

Just Small Talk

Bismillah

Dua hari lagi
Dan tinggallah rumah kesayangan
Yang sentiasa di hati
*sob sob sob*

Anyway, final project langsung tak sentuh
Adalah sikit
Tapi aku rasa macam IDGAF
So, let it be
*sedangkan cuak, takut nanti kena marah*

Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa
Tapi disebabkan takut tak ada masa nak update
*eceh.. mcm ada org kisah*

Tak lama lagi puasa
11 hari lagi
Esok 20 Sya'aban
So kiranya birthday aku dalam tahun Hijrah
Baru official 20

Turning 20, huh?
Like a dream
Tapi so far tak ada pun buat perubahan dalam hidup
Dalam skala yang besar, maksud aku

Dulu kemain lagi..
"Bila besar... itu.."
"Bila besar... ini.."
Tapi bila zaman dah 'besar'
Tak ada apa pun dapat buat

Lain lah orang yang lahir dalam dulang emas
Semuanya boleh
Aku lahir kat klinik je kut

Tapi one of my sisters define 'besar' tu lain
'Besar' dalam kamus dia adalah :
-- dah ada kerja
-- dah ada rumah sendiri
-- dah ada kereta sendiri
To be exact, ada segalanya kepunyaan sendiri
Diperolehi melalui titik peluh sendiri
Bukan daripada parents
Itu baru dikira 'besar' a.k.a 'adult'

Bagi aku, term 'besar' dalam kamus dia tu masuk akal
Iyalah, kalau setakat badan je besar, tak guna jugak
*no offense*
Mungkin ada sesetengah orang genetik dia besar-besar
Baru 18, tapi rupa macam hujung 20-an
You know what I mean?

Okey lah
Aku rasa aku patut start packing
Buat apa yang patut sebelum aku pergi
Iyalah, nanti aku dah tak ada
Sapa nak kemas barang-barang aku, kan?
So, kemas lah sendiri
Tak lah menyusahkan orang

Anyway, ampun maaf untuk segalanya
Mati itu pasti, hidup insya ALLAH
Phir milenge chalte chalte
Wassalam..

Sunday, June 8, 2014

Zaman Dah Maju..

Bismillah

Terlalu lama rasanya aku tinggalkan
Eceh.. cakap macam laa ada orang kisah..

Anyway, cuti kali ni aku rasa terlalu lama
Dan indah bila together with family at home
Tipulah kalau aku cakap kami tak pernah gaduh
Tapi lumrah laa kann..?
Lepas gaduh, tegur macam biasa balik

Selama duduk rumah
Rutin harian lebih kurang sama macam kat PKS
Cuma bezanya bukan aku yang keluarkan duit
Makan apa semua, bukan aku yang tanggung
Itu je laa.
Yang lain, sama je.

Oh yea, I used to stalk people's pesbuk, twitter, ig and what-so-ever
Then last night, I stalked my old friends of mine
Or better I call them as 'acquaintance' only..?
Doesn't matter laa.

But I found that they always change their profile picture
Like every three days, some even change it every day
Aku rasa itu lawak, okeyy..
Apa kejadah tukar gambar tiap-tiap hari?
Muka kau tetap jugak macam tu kann?
*no offense*

Pulak tu, balik-balik gambar kahwin, gambar anak
Gambar dengan suami, gambar yang macam-aku-sorang-ada-big-family
Aku terfikir jugak la
Dah lah nama senang betul nak detect
Itu nama dalam IC, itu jugak lah nama di pesbuk
Agak-agak laa bro..

Tapi tak apalah
Kalau semua mereka berfikiran macam aku
Mana aku nak korek mereka punya pesbuk, kann??

Walaupun aku stalker, aku kira stalker yang berjaya
Sebab aku ushar pesbuk orang tanpa tinggalkan jejak
*lain la kalau dia ada pakai detector sapa ushar pesbuk dia*

Ada sesetengah stalker
Duk meng'like' almost every single post 
Even daripada kurun sebelum masihi pun di 'like' jugak
Itu tak relevan dah la, cik adik.

Nak jadi part-time spy/stalker/the-curious-cat kena bijak juga
Kalau boleh, jangan sampai orang tu tahu kewujudan kita
*ini cara aku, terpulang pada korang laa*

Kalau twitter or ig kan ada istilah 'privasi'
Selagi kau tak follow aku, selagi tu kau tak boleh stalk aku
Itu baru adil namanya

Tapi, tak semua orang reti pakai semua benda pada satu masa
Macam aku dulu, annoyed gila dengan twitter
Tapi sejak pesbuk dah upgrade sikit
Aku rasa makin lambat loading
Buat aku makin bosan sebab terlalu ramai yang aku kenal 'add' aku
Bosann...!!!

Dan aku beralih arah kepada twitter
At first, saja buat profile sekadar suka-suka
Tapi sebab tak reti, aku jarang tweet
Tapi aku suka twitter
Sebab aman dan damai without SMK people
*SMK not equal to sekolah menengah kebangsaan*

Since then, I started following some famous artist
International artist to be precise
Like Taylor Swift, James McVey
Tak lupa jugak Tun Dr. Mahathir dan The Star for latest update

Lepas tu, aku jumpa Instagram
Aku rasa macam patut cuba
Sebab IDGAF dan aku rasa aku patut tahu
Zaman teknologi katakan

Tapi aku tak ingat lah bila aku start ada ig
Yang aku ingat
Tiap kali aku nak log in ig, tiap kali tu jugak la aku lupa password
*my password obviously not "incorrect"*

Tapi perlahan-lahan aku sedar
Yang social network tak bawak apa-apa makna pun
Kalau ada iPhone6 sekalipun
Tapi kalau tak ada internet, semua tu tak bermakna
Macam tak ada life!

Tapi ketiadaan internet lah buat aku jadi manusia
Buat aku kenal dan ingat kawan-kawan aku sejak sekolah rendah
*aku tak pegi tadika*
Bayangkan kalau aku dilahirkan sebagai budak alaf baru

Yang smartphone tu lebih penting daripada result exam
Yang jumlah 'likers' tu lebih penting daripada doa mak bapak
Yang jumlah 'friends' or 'followers' lebih penting daripada kawan di alam realiti
Isyyy... isyy... isyy,.. tak mahu aku!

Budak zaman sekarang mana reti rules main congkak, batu seremban
Cuba tanya macam mana main ting-ting
Kalau setakat main dengan plastik getah tu apa barang...
Main atas pasir, atas simen laa paling best

*kredit kepada tuan punya gambar* :)


Itu baru daripada sudut permainan
Belum lagi bab makanan yang majoriti budak zaman sekarang tak pandang aihh
*melainkan berumur 3tahun ke bawah*
Budak zaman sekarang, kecik-kecik dah kenal 'french fries'

Aku dulu makan Appeton je 
Mana ada istilah kepsi, mekdi apatah lagi setabak
Jangan haraplah..
Isu Cadbury halal ke haram pun aku tahu sebab belek surat khabar
Mana ada istilah 'sliding' or 'swiping' smartphone

Okehh.. karang aku tambah lagi ada pulak yang marah
Yelah, konfem dia akan cakap...
"Itu dulu. Dah nama pun zaman dulu, mana nak sama zaman sekarang."
"Sekarang dah maju. Tak macam dulu."
"Zaman dah berubah. Teknologi makin canggih. Dulu lainlah."
*dan yang sewaktu dengannya*

Sekian.. 
Ampun maaf untuk segalanya
Phir milenge chalte chalte
Wassalam. :)