Wednesday, April 10, 2013

I'm Just Me

Bismillah

Bila baca blog my sis
Rasa macam ... "baguslah kalau dah ada kesedaran"
Harap-harap teruskan berusaha
Untuk mencari identiti diri

Kekadang aku ada jugak mempersoalkan diri aku sendiri
"Teruk sangat ke aku ni?"

Sebab orang pernah suruh aku berubah

Dan aku bertanya balik pada orang itu,
"Aku ni jahat sangat ke sampai kau suruh berubah?"

Orang tu jawab,
 "Tak adalah sampai macam tu sekali..."
"Tapi aku lebih suka kalau kau jadi lebih baik"

And I was like...
"This is who I am. If you can't accept me for being me, just leave."

Orang tu membalas,
"Kau ni ego sangat."


Pada aku, aku adalah aku
Tapi mungkin jugak ayat dari sis aku ada betulnya...

"Orang berjaya memaksa dirinya berubah tetapi
 orang yang gagal berubah kerana terpaksa."

Dan of course, aku tak mahu menjadi orang yang gagal
Which berubah kerana terpaksa
Kalau aku nak berubah pun
Aku akan cuba paksa diri aku berubah
Tapi so far, aku rasa aku normal

Bagi aku, kalau orang tak boleh terima aku
Kerana aku adalah aku
It's ok, aku faham jugak

Sebab aku pun sama jugak
Ada orang yang aku suka
Ada orang yang I can get along
Ada orang yang aku tak suka
Ada orang yang aku rasa menyampah
Normal lah kan?

Terus-terang aku cakap
Aku ni bukan stok 'perempuan Melayu terakhir'
Tapi aku tak adalah teruk sangat
Cuma aku ni average je
Ada sesetengah benda, aku pandai
Ada sesetengah tu taklah pandai sangat
Ada sesetengah benda tu langsung tak tahu

Alah, lumrah hidup
Tak semua benda kita tahu
Kalau tak, buat apa manusia lain hidup
Baik dia sorang je hidup
Yelah, dia kan serba-serbi tahu

Okeylah...
Meraban entah apa-apa
That's all for today
Sorry for the crap
Phir milenge chalte chalte
Wassalam ^___^






Thursday, April 4, 2013

Nilai Diri Kita

Bismillah

Ini adalah entri pertama untuk April eceh.. skemasyak

Hmm... aku rasa sadis sangat
Bila aku baca blog sis aku
Aku jadi macam... "hidup kami memang macam ni ke?"
Tapi tak boleh laa nak salahkan hidup je
Sebab life goes on as we grow up
Bukan ke begitu?

Balik kepada tajuk entri
Di sini, aku nak mengajak semua
Siapa pun anda, sila nilai diri kita sendiri
Sebelum kita usha, kutuk, nilai, judge diri orang

Lumrah manusia
Suka mencari kelemahan manusia lain
Benci pada kelebihan manusia lain

Cuba kita guna akal
Bagus ke perangai macam tu?
Even aku sendiri yang berpesan pun
Tak ada lah bagus sangat
So, that's why laa aku berpesan

Bukan ke manusia ni memang pelupa?
Jadi, haruslah kita saling ingat-mengingati

*sigh* -____-'

Dear sister...
ALLAH tak pernah kejam
DIA tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahan kita
DIA takkan uji kita kalau kita tak mampu
DIA takkan sia-siakan air mata kita

Dan aku pernah terbaca ...



Percayalah bahawa ALLAH itu Maha Adil
DIA tak pernah mensia-siakan  doa orang yang meminta
DIA tak pernah biarkan kita keseorangan
DIA adalah yang paling faham dengan keadaan kita
Cuma kita selalu tak sedar
Yang DIA sentiasa ada untuk kita

Kita bangun pagi
Berapa ramai yang akan baca doa?
Berterima kasih kerana dihidupkan kembali?

Kita buat kerja seharian
Kita rasa penat
Berapa ramai yang bersyukur sebab masih diberi kekuatan?
Supaya dapat buat segala pekerjaan?

Kita solat lambat
DIA beri kita peluang untuk qadha' dan bertaubat
Berapa ramai yang sedar akan peluang itu?
Dan berapa ramai yang akan mengambil peluang itu?

ALLAH tu Maha Baik
DIA tak pernah menzalimi manusia
Cuma manusia yang suka melakukan benda yang ALLAH tak suka
Sampai ALLAH murka
Sampai turun bala dan laknat dari ALLAH

To Mr & Mrs Ayahumi..
Please.. pretty please
Sometimes, spend your time together with us
Listen to our problems
Please... just listen
Don't interrupt or provoke us for what we're saying

Don't judge us like we was born centuries ago
Like we know every single thing on this earth
We know nothing, mom, dad
We're just like other teenagers out there

We want to be treated the way both of you treat her
Though she's the eldest
That doesn't mean both of you can be bias to the rest
Please... berlaku adil lah.

Soal hati dan perasaan sememangnya rumit
Sulit dan tersirat
Mustahil untuk dikongsi
Apatah lagi untuk dijaja
Apalagi kalau seorang wanita
Sememangnya hati mereka lembut

Aku teringat pada kata-kata Mr Ayahumi pada tahun 2008
"Orang yang suka memendam ni bahaya"
"Sebab satu hari nanti bila dia dah tak tahan, dia akan meletup"
"Kalau tak pun, apa yang dia pendam tu, perlahan-lahan akan memakan dirinya"

Aku berani mengaku yang aku suka memendam
But just in certain cases
Bukan semua
Sebab pada aku
Tak semua benda kita boleh share dengan orang

Kita semua manusia biasa
Yang akan pergi bila sampai waktunya
Yang takkan pernah kekal di dunia

Cuba ingat semula kejadian kita semua
Semuanya sama
Daripada setitis air mani
Kemudian menjadi segumpal darah
Dan seterusnya sampailah kita dewasa

Hidup jangan pernah memilih
Bersyukur dengan apa yang ada
Usah mengharap benda yang tak mungkin digapai
Nikmati hari ini kerana esok mungkin tiada
Jangan sia-siakan hidup kita dengan benda yang membawa ke neraka

Cukup rasanya tazkirah bebelan aku pasal hidup
Sebenarnya kita boleh ubah nasib kita kalau kita nak
Tapi tak semua ada peluang untuk mengubahnya
Cari lah, rebutlah peluang itu

Sebab kita hidup untuk mati
Jangan sampai kita menyesal di sana kelak
Sama-samalah kita berusaha
Menjadi golongan kanan
Yang beramal tanpa mengharapkan syurga atau takut akan neraka

Sekian...
Sorry for those crap
Kalau ada yang terasa, minta ampun minta maaf sangat-sangat
Phir milenge chalet chalet
Maal salamah
Wassalam... :)