Monday, December 31, 2012

2012 and It's Memories

Bismillah

Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2012.

Banyak benda yang dah berlaku dalam tahun ni.

Sedar tak sedar, 2012 melabuhkan tirainya dengan aman tanpa sebarang bencana yang menghampiri 'kiamat'. -I guess so- :)

ALHAMDULILLAH untuk segala nikmat yang ALLAH panjangkan ini.

#Januari
- aku sedang berada di alam pekerjaan (part time) sementara menuggu result 
- masih kabur dan kurang jelas dengan diri sendiri 

#Februari
- my family celebrated my birthday. this is the first time, I guess. I felt really awkward. plus my birthday cake... it was 12 different slices of cake! anyway, I really appreciate it. :) thanks guys. I felt so .... undescribable.
- my salary for this month really make me proud! :D

#Mac
- the very first gift I ever bought for my parent's anniversary.
- SPM's result out~!
- my dad brought us to family dinner at hotel. kenyang sampai tak boleh nak bercakap dah.

#April
- still waiting result for any uni
- still working ^_^

#Mei
- nothing interesting happen actually except my lil bro birthday
- masuk balik sekolah. lower six science at the same school. ~_~

#Jun
- dapat twaran daripada Politeknik
- quit form six
- start working (again...)

#Julai
- going to Politeknik Kuching
- start a new life (x_x)
- sambut Ramadhan tanpa keluarga 

#Ogos
- raya kedua pusing keliling Miri. jadi model dari Grand Old Lady-Taman Awam-Lutong-Piasau-Pujut Padang Kerbau-rumah dengan baju raya yang kononnya bertemakan "maroon".
- buat open house yang sesak sampai aku-pun-tak-tahu-aku-ada-jemput-korang-ke-tak

#September
- banyak ramah tamah Aidilfitri kat Politeknik
- smile :)

#Oktober
- ntah. tak ingat aku. (o_O)

#November
- final exam. takutnyer... (x_x)

#Disember
- sumbuk meninggal (v_v)
- melantak durian, rambutan puas-puas
- turun naik kebun
- having great family gathering on Christmas Eve
- start a new sem :)

 Udah ler.. Aku nak tido nih. 
Anyway, sorry for any crap.
To 2012, thank you coz being one of the greatest year I ever had.
Selamat Tahun Baru 2013.
Semoga 2013 menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelumnya..
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam...  

Friday, December 28, 2012

Kepada Yang Berkenaan

Bismillah...

Masa aku baru bukak browser tadi, mista Yahoo! menyapa aku dengan kata-kata beliau yang sangat menarik bagi aku yakni,

"Eight Hot Careers To Watch In 2013"

Dan aku pun bertanya pada mista Yahoo! mengenai perkara tersebut. 

Ini jawapan mista Yahoo!..... 

Career #1 : Medical Assistant

Career #2 : Software Developer

Career #3 : Dental Hygienist

Career #4 : Personal Financial Advisor

Career #5 : Public Relations Specialist

Career #6 : Social Worker

Career #7 : Biomedical Engineer

Career #8 :  Veterrnanry Technologists and Technicians

Naa... aku senyum sendiri bila tengok Career #2 tu. Of course lah... Sebab aku kan tengah otw menjadi salah seorang yang bakal mempunyai Career #2 tu. <INSYA ALLAH... AMIN...>

Though MA adalah the hottest among the rest, ingat senang ke bhai? 

Ini pesan mista Yahoo!  :
"Education Options for Medical Assistant: Although there are no educational requirements for medical assistant positions, employers prefer candidates who graduate from formal education programs, says the Department. This means as little as two years to complete an associate's degree or as little as one year to complete a certificate or diploma, according to the Department.

Ooowwkkey... mungkin agak senang sebab "as little as two years to complete an associate's degree or as little as one year to complete a certificare or diploma".

Anyway, aku ni tak berapa nak minat sangat dah dengan bidang medical ni. Adalah sebab yang menyebabkan aku enggan. -ecewah.. skema giler-

Mista Yahoo! ada juga pesan untuk bidang yang bakal aku ceburi. Katanya :
"Jobs for software developers are expected to grow by 30 percent through 2020, with over 143,000 job openings."
"Education Options: Software developers typically have a bachelor's degree in software engineering or computer science or a related field, says the Department. Employers may also prefer candidates with a master's degree for some positions."

Hmm.. ye laa. Teknologi sekarang ni terlampau advanced. Setiap hari, ada je benda berteknologi canggih yang kita sendiri tak perasan akan kewujudannya. 

Mungkin ada yang mengatakan bahawa kerjaya sebagai Software Developer / Programmer / Networker / and what so over yang related to software and IT ni tak ada masa depan yang cerah. 

Haluu sikit kepada sesapa yang berkata sedemikian. Sila keluar daripada tempurung kaca yang anda duduki selama ini ok? 

Apa yang aku maksudkan "tempurung kaca" adalah hidup orang yang di kelilingnya terdapat banyak kemudahan IT dan other technologies yang di bangunkan oleh "orang yang tak ada masa depan". 

Nowadays, peoples always judge something based on their knowledge without see it in others perspective. Maybe for certain people, being in a "tak-ada-masa-depan" field such a troublesome but for others? Come on laa. 

Dunia dah semakin maju. Apa salahnya kita upgrade cara kita berfikir sejajar dengan kemajuan dunia yang sangat pesat ni. 

Entah lah. Recently, aku ada menengok balik Step Up yang menceritakan hidup sebagai seorang penari yang selalu di pandang ringan oleh sesetengah pihak. Bila aku tengok citer macam tu, aku imagine kalau ada orang filemkan semua jenis kerjaya dalam hidup ni.

Misalnya kerja sebagai orang yang kutip daun teh untuk di buat teh, penanam tebu untuk di buat gula, orang yang buat barang kemas, orang yang buat jalan, petani, nelayan and so on. Ada ke kerja macam tu orang high light kan sebagai kerjaya yang memberi manfaat kepada orang lain?

Most of Malay films or drama, yang aku selalu tengok, kalau dah miskin tu miskin sangat. Kalau dah kaya tu kaya sangat. Tak ada pun yang nak cerita pasal ordinary Malay life yang tak terlalu susah, tak terlalu senang. 

Aku tau laa kerja sebagai pengarah, pelakon, penerbit or senang cakap yang berkaitan dengan industri hiburan ni banyak halangan dan selalu di kritik oleh sesapa saja. Tapi kalau ya pun nak buat cerita, tak payah la asyik-ayik cerita pasal orang yang ada pangkat dan harta ataupun orang yang duduk di ceruk hutan. 

Aku paling sakit hati bila ada citer Melayu yang lokasi pengambarannya kat Sabah or Sarawak. Mesti ke orang Sabah Sarawak ni duduk kat rumah yang sememeh, yang "ceridak" atau yang menunjukkan bahawa Sabah Sarawak ni belum membangun?

Tak salah kalau aku katakan ekonomi Malaysia banyak di sumbangkan oleh tanah Sarawak melalui petroleumnya, pembalakannya dan banyak lagi. Jadi, tak boleh ke kalau bagi Sabah dan Sarawak imej yang baik? Ini tidak. Segala benda yang berkaitan dengan Sabah Sarawak mesti "ucak", "pok", old school, tak bertamadun dan teruk. 

Bukan aku nak racist ke apa. Cuma certain orang Semenanjung sangat memandang rendah dengan orang Sabahan or Sarawakian. Tak caya? Dah berapa banyak page kat pesbuk tu anti sangat dengan orang Sabahan / Sarawakian. 

Alamak... silap hari bulan, masuk part politik nih. So, better aku stop dulu. -hahaha-

Anyway, sorry for any crap. And for whose yang terasa, kan ada pepatah Melayu yang berbunyi "siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya". Tapi, sorry jugak laa. :)

Hidup kita ni singkat. Jangan nak bebankan otak kita dengan benda yang di luar jangkauan akal kita. Terimalah segala ketetapan yang telah di tetapkan dengan redha. 

"Kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi". Jangan dengki sangat dengan cita-cita atau impian orang lain yang nak berjaya even terpaksa pecah tradisi. Rezeki ALLAH tu ada di mana-mana. Percaya lah pada-NYA. Tak semestinya orang yang break the tradition tu mengejar benda yang famous. ALLAH sentiasa ada rancangan yang lebih baik untuk setiap hamba-NYA. 

Kan ada ayat Al-Quran yang maksudnya lebih kurang begini, "Boleh jadi benda yang kamu suka itu mendatangkan keburukan kepada kamu dan boleh jadi benda yang kamu benci itu mendatangkan kebaikan kepada kamu". Yakin lah pada ALLAH. Janganlah sentiasa berfikiran negatif terhadap benda yang kita rasakan tak mendatangkan faedah kepada kita. Boleh jadi benda tu ada faedahnya suatu hari nanti. Siapa tahu, kan? :)

Again, sorry for any crap.
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam. :)

Friday, December 14, 2012

1.2.34 (tahun hijrah)

Bismillah...

Tarikh hari ni cantik daripada 12.12.12.
Sebab?
Hari ni tarikh dalam tahun Hijrah adalah 1.2.1434H.
Or, 1hb Safar 1434H.
Rerasanya untung lagi sesapa lahir hari ni.

Anyway, esok aku mungkin akan balik ke kampus.
Adehh... malasnya... (x_x)
Though cuti tak sampai sebulan, still jugak rasa malas.
God.... (u_u)

Errmmm... lepas ni, possibility untuk aku update laman cabuk ni adalah sangat mustahil.
Mungkin dalam negatif 50% adalah kut. -hahaha-
Nama je budak IT, tapi bila selalu connect dengan IT sikit, ada je yang bising.
Hampeh arrr... (v_v)

Okey... aku nak update 'Mimpi Si Fana' part yang ketiga pulak.
Anyway, sorry for any crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam. (o_O)

Wednesday, December 12, 2012

Mimpi Si Fana -pt 2-

Bismillah...

Selama hidupnya, apa yang sentiasa bermain di mindanya adalah, "tiada siapa yang kisah akan diriku."
Namun, segala apa yang di lakukan olehnya adalah satu kesalahan.
Buat ini salah, buat itu salah. Segalanya tidak betul.
Mujur ALLAH Maha Baik mengurniakan dia hati yang tidak mudah meletup.
Jika tidak, mahunya dia mati kerana segala masalah yang dia hadapi, hanya di simpan dalam hati.
Hendak mengadu, siapa yang dia hendak percaya?

"Trust nobody"
Itu kata-kata guru Add Mathnya.
Ya, kata-kata itu yang membuatkan dirinya menjadi semakin pesimis.
Apa saja yang terbentang di hadapan matanya, akalnya akan memikirkan perihal negatif berbanding positif.
Ada yang berpesan kepadanya agar menjadi seorang yang positif.
Tapi bagaimana?

Sejak dia mengenal erti hidup, keadaan sekelilingnya banyak menunjukkan ciri-ciri negatif berbanding positif.
Salah dia kah yang sentiasa berfikiran negatif?
Kehendak dia kah di besarkan dengan suasana yang lebih banyak memperkatakan mengenai kekurangan berbanding kelebihan?

Bukan dia hendak menyalahkan sesiapa.
Bukan ibu bapa.
Bukan takdir.
Bukan juga dirinya.
Inilah yang di namakan sebagai qada' dan qadar.
Dia sebagai hamba ALLAH, mana lah dia punya kuasa untuk menidakkan semua itu.

Dalam dirinya, serasanya ion negatif dan cas-cas negatif melebihi ion positif dan cas-cas positif.
Dia tidak pernah berasakan dirinya layak untuk berada bersama orang lain meski dia bukan hidup di zaman jahiliyyah yang memandang hina sesiapa yang tidak punya apa-apa.
Self esteem nya rendah sekali.
Lebih cetek dari air tohor.

Namun dia bukannya sebodoh-bodoh manusia.
Dia bukannya BAGHALUN DUMBO.
Dia punya akal seperti manusia lain.
Tapi dia bukan juga segenius-genius manusia.
Dia cuma lah dia.

Dia ingin sekali punya teman tempat meluahkan segalanya.
Tempat untuk dia bersandar tika kelelahan.
Tempat untuk dia menitiskan air matanya.
Tempat untuk dia ketawa di waktu senang.

Meski dia tahu ALLAH itu adalah sebaik-baik teman.
ALLAH itu adalah RAFIQUL A'ALA.
Namun dia berasakan dirinya terlalu hina untuk mengadu kepada-NYA.
Ya ALLAH... kasihanilah dia.

UPSR, PMR dan SPM.
Dia berusaha untuk mencari.
Terus-terusan dia mencari.
Namun seringkali dia kehampaan.
Ada saja yang mengecewakan hatinya.
Akalnya cepat saja memikirkan bahawa dirinya hanya layak bersendirian.
Dan akhirnya dia lelah.
Biarlah dirnya sendiri kalau sudah itu yang di tetapkan.
Dia terima. Dia redha. Dia akur.

-phir milenge chalte chalte-

Jadi Kenapa?

Bismillah...

 Alhamdulillah masih hidup hingga saat ini.

Jam menunjukkan pukul 0006 pagi. Secara rasminya, hari ini adalah 12.12.12.

Jadi kenapa?
Entah. Aku sendiri tak tau.

Anyway, aku tak pernah tengok citer '2012' tu. So, aku tak heran sangatlah dengan tarikh hari ni.

Kiamat tu akan berlaku bila, kita sendiri pun tak tahu.
Kalau malaikat maut pun tak tau exactly bila kiamat berlaku, apatah lagi kita manusia biasa ni.
Jangan mudah sangat percaya dengan imaginasi khayalan rekaan manusia ni.
Apa-apa berita, kena semak balik dengan Quran dan Hadis. -peringatan untuk diri jugak-

Okay, that's all.
Aku pun dah ngantuk ni.
Sorry for the crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam...

Tuesday, December 11, 2012

Mimpi Si Fana

Bismillah....

-cerita ni tak ada kaitan dgn yg hidup ataupun yg mati-

Dia punya cita-cita seperti orang lain. Namun tiada siapa yang tahu atau ingin mengambil tahu.
Dia manusia biasa yang sentiasa berdepan dengan ujian yang membuatkan dia tewas.
Namun tiada siapa tahu bagaimana dia bangkit dan tiada siapa mengambil kisah tentang dirinya.
Adapun yang mengambil tahu, hanyalah untuk mempertikaikan kesalahan yang telah dia lakukan. 
Sedangkan segala kebaikan yang pernah dia buat, rasanya tiada siapa yang kisah.

Dia bukan malaikat.
Dia bukan juga syaitan. 
Dia manusia biasa yang punya kelemahan yang terlampau banyaknya. 
Dia manusia biasa yang punya kelebihan yang dia sendiri tidak pernah tahu.

Kelemahan dirinya membuatkan dia sering berasa tidak layak untuk berada bersama orang lain.
Kelemahan dirinya membuatkan dia berasa  dia hanya layak untuk hidup sendirian.
Kelemahan dirinya membuatkan dia memandang rendah akan kebolehan dirinya.
Dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

UPSR, PMR dan SPM.
Semuanya dia lalui dengan selamba.
Sebab utamanya, dia tidak yakin akan dirinya sendiri. Dia meragui kebolehan dirinya.
Padanya, apa-apa pun keputusannya, biarlah ALLAH yang tentukan.
Terima saja apa yang telah di anugerahkan oleh-NYA.

Sedangkan jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali berdiri di atas pentas sekolahnya.
Ingin sekali dia berdiri bersama-sama pelajar cemerlang yang lain.
Dia ingin sekali wajahnya di abadikan dalam majalah sekolahnya.
Namun semua itu dia tidakkan.
Kerana dia berasakan bahawa dirinya tidak setanding dengan sesiapa pun.
Dia hanyalah dia yang dungu, bodoh, tolol dan yang seiring dengannya.

Bukan dia tidak pernah cuba untuk berusaha.
Namun tiap kali dia ingin berusaha, ada saja kata-kata yang membuatkan semangatnya mati begitu sahaja.
Tiap kali dia ingin memajukan dirinya, ada saja ucapan yang membuatkan hatinya sendu.
Ada saja yang membuatkan hatinya bagaikan di sayat-sayat.

Teruk benarkah dirinya untuk berdiri setanding dengan orang lain?
Bagus sangatkan orang lain sehingga dia tidak mendapat perhatian sebagaimana orang lain?
Halimunankah dia sehinggakan orang tidak pernah ingin mengambil tahu akan dirinya?

-phir milenge chalte chalte-

Monday, December 10, 2012

Tahap Mahabrata Tergolek

Bismillah...

Perghhh... kejang otak aku seyyy...  (v_v)

Anyway, aku nak berkisah jap....

Hari rabu lepas (05122012), aku turun keja cam biasa. Dengan perut yang sengal giler sebab akusendiritakdapatnakfigureout. Hmm... skip part ni.

Aku waktu tu dalam washroom. Tetiba my sis ketuk pintu, cakap "weh, jom balik. nenek ninggal"

Aku jadi macam ... what...? Nenek ninggal?

Aku tengok muka dia dah macam sebak -chewah- Nangis la tu.

Aku sebenarnya shock jugak dengan berita tu. Apa lagi, blah laa lari balik umah yang sejengkal  mujur dekat. Orang lalu lalang pun naik heran. Aaahh, aku kisah apa.

Petang tu, kitaorang rushing balik Kuching. Kematu siot duduk dalam keta 12jam.

Jalan dari Bintulu-Sibu paling scary. Aku lelap aje laa. Tak berani nak stay up though Mr. Ayahumi yang drive tu stay up gak.

Okey...  aku malas nak citer part sadis dan emosi sewaktu sebelum jenazah di bawa ke perkuburan.

Almost a week stayed here, God knows how much the bore meter rising. -hahaha sejak bila boring ada meter?-

Not going anywhere. Paling pun, dusun durian sebab kutip durian.

Perghhh... durian gegolek seyyy...

Bawak balik asrama kang, nangez jejiran aku menghidunya. -hahahaha-

Duduk kat sini, without MTV and any other entertainment, I felt like dying. Almost. -haha-

Pagi bangun, cuci baju. Lepas tu bekpes.

Then, kemas lepas makan. Ready untuk preparation lunch.

Masak lunch and having lunch.

Kemas dapur, naik solat.

Petang sikit, having tea time.

Then, kalo sempat lelap, lelap laa.

Ready masak dinner and having dinner.

Kemas dapur, blah ke tilam.

Naaa.... see how bore my schedule.

Lainlaa kalo korang jenis yang memang cenggitu. Tak heran laa.. (o_O)

Hmmm... hari dah nak siang.

Blah laa dulu.

Sorry for any crap.

Phir milenge chalte chalte.

Wassalam.... (x_x)