Thursday, June 14, 2012

Undefined

Salam.

Setelah sekian lama aku bertapa, hari ni DIA memberi kesempatan kepada aku untuk meng'update' lamanku ini. -cheh, skema bapok!-

Hmm... starting yesterday, I'm officially not a Form 6 student anymore. Why? Sebab surat berhenti aku tulis tarikh berhenti aku 12.6.12.



Chewah! Cantik sungguh tarikh tu. Anyway, aku tak tau nak define cenggana perasaan aku bila tengok surat berhenti tu tulis cenggitu.

Memandangkan aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah yang perlu ke sekolah seperti adik-adikku yang lain, aku pun melakukan aktiviti kesukaanku, berenang atas katil. Tapi aku tak mampu lah lama-lama. Buka mata je, mak aku terus cakap, "Kalau tak sekolah lagi, bagus kamu pergi kerja. At least adalah juga duit poket sendiri nanti."

Itu memang cadangan aku pun. Hari ni, aku nak turun kerja lah ni. Tapi, kejap lagi lah. Biasa lah. Office hours aku masuk. Macam tak biasa pulak.

Mungkin ada yang kepalanya masih berlegar-legar tanda soal, kan? Tentang ke mana hala tuju aku selepas ini. Hmm... aku ke Politeknik Kuching. Dalam jurusan Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) atau dalam bahasa Inggeris di sebut sebagai Information Technology (Programming). Anyway, mak aku cakap, kalau aku di terima kat SPA nanti, blah lah terus. -hehehe-

Form 6 hari tu memang best. Tapi memandangkan aku tersalah masuk budak sains, so terasa asing sikit. Aku bukannya jenis orang yang terperuk kat ceruk kelas. Kalau boleh, semua seat depan dalam kelas, aku yang conquer. -hahaha-

Part yang paling best time aku Form 6, 98% pelajar dalam kelas aku adalah berbangsa Cina. Seciput Segelintir je yang non-Chinese, including me. Yang terbaek nya, aku SEORANG je berbangsa MELAYU, yang beragama ISLAM dalam kelas tu. -peace!-

Tapi, aku rasa, aku tak cukup kuat untuk keep pretending that 'I'm okay' dalam kelas tu. Dengan environment nya hampir semua yang bercakap, cakap dalam bahasa Mandarin. Perghh! Angol Senget medulla oblongata aku di buatnya. Other than Mandarin, they do speak English and minor Malay. Itu pun, pelat-pelat. -hadoi-

Okeh, gotta go. Where? I'm working, remember? So, till meet again. No goodbyes ya. Like 'Rab Ne Bana Di Jodi' yang aku tengok malam tadi. -hehe- Then, sorry for any -crap-. Please do not take it personally. -peace!-