Tuesday, April 3, 2012

Tomorrow...

Life is a race - itu kata Professor Viru "Virus" Sahastrabudhhe dalam 3 Idiots. Tapi kenapa ramai manusia hidup dalam keadaan yang sangat perlahan ibarat setiap langkah adalah kenangan dan perlu di hayati dengan penuh kenikmatan?

Adakalanya lirik Linkin Park - Numb tu betul jugak bila otak aku duk fikirkan sesuatu sampaikan tak kisah dah apa yang dah berlaku di sekeliling aku.

I've become so numb I can't feel you there
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this all I want to do 
Is be more like me and be less like you 


Yalah, dah namanya ciptaan yang paling sempurna sebab adanya akal, dengan akal itulah macam-macam yang difikirkan. Antaranya :
Esok aje la aku buat menatang ni.
Yang ni deadline dah dekat. Kena siapkan cepat.
Laparnya aku. Bila dapat keluar makan ni?
Ngantuknya... kenapa orang masih tak reti nak tidur.

 Dan segalanya menjadi esok dan esok dan esok. Sedangkan bak kata chegu Midon, esok tu takkan pernah ada. Yup, aku setuju dengan statement dia memandangkan orang suka berjanji dengan perkataan 'esok' tanpa maklumat tambahan yang lebih spesifik.

Layan jap lagu nih even dah agak lama dalam u-tiub, apa salahnya kita berpaling sekejap ke belakang supaya kita dapat merasai indahnya sebuah kehidupan yang telah kita tempuhi.


Baby there's no, no, no, no more tomorrow
Till you come back, everyday is yesterday

Everyday is yesterday -  aku setuju lah jugak dengan statement tu tapi kalau nak tunggu orang tu balik baru everyday is today, hampeh arr. 
Tapi, kenapa mesti 'everyday is yesterday' sedangkan kita masih boleh mulakan hari yang baru tanpa perlu mengulang salah dan silap kita pada hari yang sebelumnya ? 

Malas la... aku dah ngantuk giler nih. Btw, sesapa yang ada layan citer Hindustan cam aku, layan sikit citer 'Players'. Boleh tahan lah jugak citer nih. Tak mau layan, sudah.


Okeh, itu saja..
Blah dulu.
Cam biasa, sorry for any 'crap'.
Please don't take it personally.