Tuesday, January 31, 2012

Apa Aku Nak Buat?

Hye... since hari ni adalah last day bagi bulan Januari dan lusa adalah birthday aku (jangan lupa bagi hadiah) so, aku hepy giler sesangat. Kenapa hepy sedangkn mana ada orang nak raikan besday aku pun. Aku hepy sebab aku nak belanja diri aku sempena besday sendiri. Takkan tak bley kut?

Gaji dah masuk. First thing yang popped out from my mind is belajar memandu. Tapi... aku cam tak cukup berani nak bawa kereta laa. hehehehe
Second thing yang appear dalam kepala otak aku ialah bukak akaun SSPN. Yup, aku belum bukak lagi akaun tu. Entah bila laa aku ada masa nak g bukak akaun tu.
Third thing : bawak mak aku jenjalan. Even duit aku bukan beribu-ribu lemon, gembirakan mak adalah perkara yang wajib. Aku cadang, hari ni aku nak bawak mak aku kuar. <save budget for future oooiii>

Aah... malas laa banyak sangat perancangan. Kan ALLAH punya rancangan lagi cantik. So, just follow apa yang DIA dah buat aje laa. Hmm... gabra laa plak result spm nak kuar nih. Ya ALLAH, janganlah hampakan aku... 

Monday, January 2, 2012

Hai 2012, Annyeong 2011



Oookkey... hari ni hari kedua dalam tahun 2012. Agak janggal laa nombor 2 kat belakang 201 tu. Last year kan 2011. Tapi sekarang dah 2012.

Hmmm... macam biasa. Tak ada apa nak di raikan. Masa Awal Muharram hari tu dah doa supaya tahun 1433H akan jadi the greatest year ever. Coz tahun 2012/1433H ni result SPM kuar and benda tu yang menentukan kerjaya aku <in fact ALLAH yang tentukan>

311211 mencatat sejarah. Cheh... apa kemenda ntah yang sejarah sangat. Selain daripada birthday sesapa, 31 Disember 2011 adalah hari aku mula bekerja. Memula memang tersangat dahsyat rasa awkward bila berhadapan dengan orang yang aku tak kenal <macam zaman sekolah cenggitu>. Tapi bila dah okey-okey, okey je.



Dan bila dah bekerja, aku tak ada masa langsung  dah nak duk nganga  depan tv or pc. Kerja, kerja, kerja, kerja dan kerja. Tapi tak apa laa. Aku ingat nak buat memacam bila dapat gaji. Perahsan! Baru berapa hari kerja dah berangan sampai ke asteroid.

2012 would you be my most memorable year I ever had? By the way, kenapa ramai sangat orang duk predict yang tahun ni adalah doomsday? Iya ke? Tapi setahu aku kiamat berlaku pada hari Jumaat dan 12.12.12 bukanlah hari Jumaat. Aneh laa orang yang buat andaian tu. Macam saja je bagi orang yang memuda macam aku ni hidup macam 12.12.12 tu betul-betul kiamat. Bahangang!

K,  aku blah dulu.. Chaow!~