Monday, December 31, 2012

2012 and It's Memories

Bismillah

Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2012.

Banyak benda yang dah berlaku dalam tahun ni.

Sedar tak sedar, 2012 melabuhkan tirainya dengan aman tanpa sebarang bencana yang menghampiri 'kiamat'. -I guess so- :)

ALHAMDULILLAH untuk segala nikmat yang ALLAH panjangkan ini.

#Januari
- aku sedang berada di alam pekerjaan (part time) sementara menuggu result 
- masih kabur dan kurang jelas dengan diri sendiri 

#Februari
- my family celebrated my birthday. this is the first time, I guess. I felt really awkward. plus my birthday cake... it was 12 different slices of cake! anyway, I really appreciate it. :) thanks guys. I felt so .... undescribable.
- my salary for this month really make me proud! :D

#Mac
- the very first gift I ever bought for my parent's anniversary.
- SPM's result out~!
- my dad brought us to family dinner at hotel. kenyang sampai tak boleh nak bercakap dah.

#April
- still waiting result for any uni
- still working ^_^

#Mei
- nothing interesting happen actually except my lil bro birthday
- masuk balik sekolah. lower six science at the same school. ~_~

#Jun
- dapat twaran daripada Politeknik
- quit form six
- start working (again...)

#Julai
- going to Politeknik Kuching
- start a new life (x_x)
- sambut Ramadhan tanpa keluarga 

#Ogos
- raya kedua pusing keliling Miri. jadi model dari Grand Old Lady-Taman Awam-Lutong-Piasau-Pujut Padang Kerbau-rumah dengan baju raya yang kononnya bertemakan "maroon".
- buat open house yang sesak sampai aku-pun-tak-tahu-aku-ada-jemput-korang-ke-tak

#September
- banyak ramah tamah Aidilfitri kat Politeknik
- smile :)

#Oktober
- ntah. tak ingat aku. (o_O)

#November
- final exam. takutnyer... (x_x)

#Disember
- sumbuk meninggal (v_v)
- melantak durian, rambutan puas-puas
- turun naik kebun
- having great family gathering on Christmas Eve
- start a new sem :)

 Udah ler.. Aku nak tido nih. 
Anyway, sorry for any crap.
To 2012, thank you coz being one of the greatest year I ever had.
Selamat Tahun Baru 2013.
Semoga 2013 menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelumnya..
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam...  

Friday, December 28, 2012

Kepada Yang Berkenaan

Bismillah...

Masa aku baru bukak browser tadi, mista Yahoo! menyapa aku dengan kata-kata beliau yang sangat menarik bagi aku yakni,

"Eight Hot Careers To Watch In 2013"

Dan aku pun bertanya pada mista Yahoo! mengenai perkara tersebut. 

Ini jawapan mista Yahoo!..... 

Career #1 : Medical Assistant

Career #2 : Software Developer

Career #3 : Dental Hygienist

Career #4 : Personal Financial Advisor

Career #5 : Public Relations Specialist

Career #6 : Social Worker

Career #7 : Biomedical Engineer

Career #8 :  Veterrnanry Technologists and Technicians

Naa... aku senyum sendiri bila tengok Career #2 tu. Of course lah... Sebab aku kan tengah otw menjadi salah seorang yang bakal mempunyai Career #2 tu. <INSYA ALLAH... AMIN...>

Though MA adalah the hottest among the rest, ingat senang ke bhai? 

Ini pesan mista Yahoo!  :
"Education Options for Medical Assistant: Although there are no educational requirements for medical assistant positions, employers prefer candidates who graduate from formal education programs, says the Department. This means as little as two years to complete an associate's degree or as little as one year to complete a certificate or diploma, according to the Department.

Ooowwkkey... mungkin agak senang sebab "as little as two years to complete an associate's degree or as little as one year to complete a certificare or diploma".

Anyway, aku ni tak berapa nak minat sangat dah dengan bidang medical ni. Adalah sebab yang menyebabkan aku enggan. -ecewah.. skema giler-

Mista Yahoo! ada juga pesan untuk bidang yang bakal aku ceburi. Katanya :
"Jobs for software developers are expected to grow by 30 percent through 2020, with over 143,000 job openings."
"Education Options: Software developers typically have a bachelor's degree in software engineering or computer science or a related field, says the Department. Employers may also prefer candidates with a master's degree for some positions."

Hmm.. ye laa. Teknologi sekarang ni terlampau advanced. Setiap hari, ada je benda berteknologi canggih yang kita sendiri tak perasan akan kewujudannya. 

Mungkin ada yang mengatakan bahawa kerjaya sebagai Software Developer / Programmer / Networker / and what so over yang related to software and IT ni tak ada masa depan yang cerah. 

Haluu sikit kepada sesapa yang berkata sedemikian. Sila keluar daripada tempurung kaca yang anda duduki selama ini ok? 

Apa yang aku maksudkan "tempurung kaca" adalah hidup orang yang di kelilingnya terdapat banyak kemudahan IT dan other technologies yang di bangunkan oleh "orang yang tak ada masa depan". 

Nowadays, peoples always judge something based on their knowledge without see it in others perspective. Maybe for certain people, being in a "tak-ada-masa-depan" field such a troublesome but for others? Come on laa. 

Dunia dah semakin maju. Apa salahnya kita upgrade cara kita berfikir sejajar dengan kemajuan dunia yang sangat pesat ni. 

Entah lah. Recently, aku ada menengok balik Step Up yang menceritakan hidup sebagai seorang penari yang selalu di pandang ringan oleh sesetengah pihak. Bila aku tengok citer macam tu, aku imagine kalau ada orang filemkan semua jenis kerjaya dalam hidup ni.

Misalnya kerja sebagai orang yang kutip daun teh untuk di buat teh, penanam tebu untuk di buat gula, orang yang buat barang kemas, orang yang buat jalan, petani, nelayan and so on. Ada ke kerja macam tu orang high light kan sebagai kerjaya yang memberi manfaat kepada orang lain?

Most of Malay films or drama, yang aku selalu tengok, kalau dah miskin tu miskin sangat. Kalau dah kaya tu kaya sangat. Tak ada pun yang nak cerita pasal ordinary Malay life yang tak terlalu susah, tak terlalu senang. 

Aku tau laa kerja sebagai pengarah, pelakon, penerbit or senang cakap yang berkaitan dengan industri hiburan ni banyak halangan dan selalu di kritik oleh sesapa saja. Tapi kalau ya pun nak buat cerita, tak payah la asyik-ayik cerita pasal orang yang ada pangkat dan harta ataupun orang yang duduk di ceruk hutan. 

Aku paling sakit hati bila ada citer Melayu yang lokasi pengambarannya kat Sabah or Sarawak. Mesti ke orang Sabah Sarawak ni duduk kat rumah yang sememeh, yang "ceridak" atau yang menunjukkan bahawa Sabah Sarawak ni belum membangun?

Tak salah kalau aku katakan ekonomi Malaysia banyak di sumbangkan oleh tanah Sarawak melalui petroleumnya, pembalakannya dan banyak lagi. Jadi, tak boleh ke kalau bagi Sabah dan Sarawak imej yang baik? Ini tidak. Segala benda yang berkaitan dengan Sabah Sarawak mesti "ucak", "pok", old school, tak bertamadun dan teruk. 

Bukan aku nak racist ke apa. Cuma certain orang Semenanjung sangat memandang rendah dengan orang Sabahan or Sarawakian. Tak caya? Dah berapa banyak page kat pesbuk tu anti sangat dengan orang Sabahan / Sarawakian. 

Alamak... silap hari bulan, masuk part politik nih. So, better aku stop dulu. -hahaha-

Anyway, sorry for any crap. And for whose yang terasa, kan ada pepatah Melayu yang berbunyi "siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya". Tapi, sorry jugak laa. :)

Hidup kita ni singkat. Jangan nak bebankan otak kita dengan benda yang di luar jangkauan akal kita. Terimalah segala ketetapan yang telah di tetapkan dengan redha. 

"Kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi". Jangan dengki sangat dengan cita-cita atau impian orang lain yang nak berjaya even terpaksa pecah tradisi. Rezeki ALLAH tu ada di mana-mana. Percaya lah pada-NYA. Tak semestinya orang yang break the tradition tu mengejar benda yang famous. ALLAH sentiasa ada rancangan yang lebih baik untuk setiap hamba-NYA. 

Kan ada ayat Al-Quran yang maksudnya lebih kurang begini, "Boleh jadi benda yang kamu suka itu mendatangkan keburukan kepada kamu dan boleh jadi benda yang kamu benci itu mendatangkan kebaikan kepada kamu". Yakin lah pada ALLAH. Janganlah sentiasa berfikiran negatif terhadap benda yang kita rasakan tak mendatangkan faedah kepada kita. Boleh jadi benda tu ada faedahnya suatu hari nanti. Siapa tahu, kan? :)

Again, sorry for any crap.
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam. :)

Friday, December 14, 2012

1.2.34 (tahun hijrah)

Bismillah...

Tarikh hari ni cantik daripada 12.12.12.
Sebab?
Hari ni tarikh dalam tahun Hijrah adalah 1.2.1434H.
Or, 1hb Safar 1434H.
Rerasanya untung lagi sesapa lahir hari ni.

Anyway, esok aku mungkin akan balik ke kampus.
Adehh... malasnya... (x_x)
Though cuti tak sampai sebulan, still jugak rasa malas.
God.... (u_u)

Errmmm... lepas ni, possibility untuk aku update laman cabuk ni adalah sangat mustahil.
Mungkin dalam negatif 50% adalah kut. -hahaha-
Nama je budak IT, tapi bila selalu connect dengan IT sikit, ada je yang bising.
Hampeh arrr... (v_v)

Okey... aku nak update 'Mimpi Si Fana' part yang ketiga pulak.
Anyway, sorry for any crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam. (o_O)

Wednesday, December 12, 2012

Mimpi Si Fana -pt 2-

Bismillah...

Selama hidupnya, apa yang sentiasa bermain di mindanya adalah, "tiada siapa yang kisah akan diriku."
Namun, segala apa yang di lakukan olehnya adalah satu kesalahan.
Buat ini salah, buat itu salah. Segalanya tidak betul.
Mujur ALLAH Maha Baik mengurniakan dia hati yang tidak mudah meletup.
Jika tidak, mahunya dia mati kerana segala masalah yang dia hadapi, hanya di simpan dalam hati.
Hendak mengadu, siapa yang dia hendak percaya?

"Trust nobody"
Itu kata-kata guru Add Mathnya.
Ya, kata-kata itu yang membuatkan dirinya menjadi semakin pesimis.
Apa saja yang terbentang di hadapan matanya, akalnya akan memikirkan perihal negatif berbanding positif.
Ada yang berpesan kepadanya agar menjadi seorang yang positif.
Tapi bagaimana?

Sejak dia mengenal erti hidup, keadaan sekelilingnya banyak menunjukkan ciri-ciri negatif berbanding positif.
Salah dia kah yang sentiasa berfikiran negatif?
Kehendak dia kah di besarkan dengan suasana yang lebih banyak memperkatakan mengenai kekurangan berbanding kelebihan?

Bukan dia hendak menyalahkan sesiapa.
Bukan ibu bapa.
Bukan takdir.
Bukan juga dirinya.
Inilah yang di namakan sebagai qada' dan qadar.
Dia sebagai hamba ALLAH, mana lah dia punya kuasa untuk menidakkan semua itu.

Dalam dirinya, serasanya ion negatif dan cas-cas negatif melebihi ion positif dan cas-cas positif.
Dia tidak pernah berasakan dirinya layak untuk berada bersama orang lain meski dia bukan hidup di zaman jahiliyyah yang memandang hina sesiapa yang tidak punya apa-apa.
Self esteem nya rendah sekali.
Lebih cetek dari air tohor.

Namun dia bukannya sebodoh-bodoh manusia.
Dia bukannya BAGHALUN DUMBO.
Dia punya akal seperti manusia lain.
Tapi dia bukan juga segenius-genius manusia.
Dia cuma lah dia.

Dia ingin sekali punya teman tempat meluahkan segalanya.
Tempat untuk dia bersandar tika kelelahan.
Tempat untuk dia menitiskan air matanya.
Tempat untuk dia ketawa di waktu senang.

Meski dia tahu ALLAH itu adalah sebaik-baik teman.
ALLAH itu adalah RAFIQUL A'ALA.
Namun dia berasakan dirinya terlalu hina untuk mengadu kepada-NYA.
Ya ALLAH... kasihanilah dia.

UPSR, PMR dan SPM.
Dia berusaha untuk mencari.
Terus-terusan dia mencari.
Namun seringkali dia kehampaan.
Ada saja yang mengecewakan hatinya.
Akalnya cepat saja memikirkan bahawa dirinya hanya layak bersendirian.
Dan akhirnya dia lelah.
Biarlah dirnya sendiri kalau sudah itu yang di tetapkan.
Dia terima. Dia redha. Dia akur.

-phir milenge chalte chalte-

Jadi Kenapa?

Bismillah...

 Alhamdulillah masih hidup hingga saat ini.

Jam menunjukkan pukul 0006 pagi. Secara rasminya, hari ini adalah 12.12.12.

Jadi kenapa?
Entah. Aku sendiri tak tau.

Anyway, aku tak pernah tengok citer '2012' tu. So, aku tak heran sangatlah dengan tarikh hari ni.

Kiamat tu akan berlaku bila, kita sendiri pun tak tahu.
Kalau malaikat maut pun tak tau exactly bila kiamat berlaku, apatah lagi kita manusia biasa ni.
Jangan mudah sangat percaya dengan imaginasi khayalan rekaan manusia ni.
Apa-apa berita, kena semak balik dengan Quran dan Hadis. -peringatan untuk diri jugak-

Okay, that's all.
Aku pun dah ngantuk ni.
Sorry for the crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam...

Tuesday, December 11, 2012

Mimpi Si Fana

Bismillah....

-cerita ni tak ada kaitan dgn yg hidup ataupun yg mati-

Dia punya cita-cita seperti orang lain. Namun tiada siapa yang tahu atau ingin mengambil tahu.
Dia manusia biasa yang sentiasa berdepan dengan ujian yang membuatkan dia tewas.
Namun tiada siapa tahu bagaimana dia bangkit dan tiada siapa mengambil kisah tentang dirinya.
Adapun yang mengambil tahu, hanyalah untuk mempertikaikan kesalahan yang telah dia lakukan. 
Sedangkan segala kebaikan yang pernah dia buat, rasanya tiada siapa yang kisah.

Dia bukan malaikat.
Dia bukan juga syaitan. 
Dia manusia biasa yang punya kelemahan yang terlampau banyaknya. 
Dia manusia biasa yang punya kelebihan yang dia sendiri tidak pernah tahu.

Kelemahan dirinya membuatkan dia sering berasa tidak layak untuk berada bersama orang lain.
Kelemahan dirinya membuatkan dia berasa  dia hanya layak untuk hidup sendirian.
Kelemahan dirinya membuatkan dia memandang rendah akan kebolehan dirinya.
Dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

UPSR, PMR dan SPM.
Semuanya dia lalui dengan selamba.
Sebab utamanya, dia tidak yakin akan dirinya sendiri. Dia meragui kebolehan dirinya.
Padanya, apa-apa pun keputusannya, biarlah ALLAH yang tentukan.
Terima saja apa yang telah di anugerahkan oleh-NYA.

Sedangkan jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali berdiri di atas pentas sekolahnya.
Ingin sekali dia berdiri bersama-sama pelajar cemerlang yang lain.
Dia ingin sekali wajahnya di abadikan dalam majalah sekolahnya.
Namun semua itu dia tidakkan.
Kerana dia berasakan bahawa dirinya tidak setanding dengan sesiapa pun.
Dia hanyalah dia yang dungu, bodoh, tolol dan yang seiring dengannya.

Bukan dia tidak pernah cuba untuk berusaha.
Namun tiap kali dia ingin berusaha, ada saja kata-kata yang membuatkan semangatnya mati begitu sahaja.
Tiap kali dia ingin memajukan dirinya, ada saja ucapan yang membuatkan hatinya sendu.
Ada saja yang membuatkan hatinya bagaikan di sayat-sayat.

Teruk benarkah dirinya untuk berdiri setanding dengan orang lain?
Bagus sangatkan orang lain sehingga dia tidak mendapat perhatian sebagaimana orang lain?
Halimunankah dia sehinggakan orang tidak pernah ingin mengambil tahu akan dirinya?

-phir milenge chalte chalte-

Monday, December 10, 2012

Tahap Mahabrata Tergolek

Bismillah...

Perghhh... kejang otak aku seyyy...  (v_v)

Anyway, aku nak berkisah jap....

Hari rabu lepas (05122012), aku turun keja cam biasa. Dengan perut yang sengal giler sebab akusendiritakdapatnakfigureout. Hmm... skip part ni.

Aku waktu tu dalam washroom. Tetiba my sis ketuk pintu, cakap "weh, jom balik. nenek ninggal"

Aku jadi macam ... what...? Nenek ninggal?

Aku tengok muka dia dah macam sebak -chewah- Nangis la tu.

Aku sebenarnya shock jugak dengan berita tu. Apa lagi, blah laa lari balik umah yang sejengkal  mujur dekat. Orang lalu lalang pun naik heran. Aaahh, aku kisah apa.

Petang tu, kitaorang rushing balik Kuching. Kematu siot duduk dalam keta 12jam.

Jalan dari Bintulu-Sibu paling scary. Aku lelap aje laa. Tak berani nak stay up though Mr. Ayahumi yang drive tu stay up gak.

Okey...  aku malas nak citer part sadis dan emosi sewaktu sebelum jenazah di bawa ke perkuburan.

Almost a week stayed here, God knows how much the bore meter rising. -hahaha sejak bila boring ada meter?-

Not going anywhere. Paling pun, dusun durian sebab kutip durian.

Perghhh... durian gegolek seyyy...

Bawak balik asrama kang, nangez jejiran aku menghidunya. -hahahaha-

Duduk kat sini, without MTV and any other entertainment, I felt like dying. Almost. -haha-

Pagi bangun, cuci baju. Lepas tu bekpes.

Then, kemas lepas makan. Ready untuk preparation lunch.

Masak lunch and having lunch.

Kemas dapur, naik solat.

Petang sikit, having tea time.

Then, kalo sempat lelap, lelap laa.

Ready masak dinner and having dinner.

Kemas dapur, blah ke tilam.

Naaa.... see how bore my schedule.

Lainlaa kalo korang jenis yang memang cenggitu. Tak heran laa.. (o_O)

Hmmm... hari dah nak siang.

Blah laa dulu.

Sorry for any crap.

Phir milenge chalte chalte.

Wassalam.... (x_x)

Friday, November 2, 2012

Aku Dah...

Bismillah..

First of all, thanks to ALLAH coz izinkan aku menengok 'Aku Terima Nikahnya' dengan jayanya even bukan kat mana-mana cinema kat muka bumi ni.




Anyway, aku ingatkan nak wat movie marathon. Lepan 'Aku Terima Nikahnya', aku plan nak layan 'Salam Cinta' ngan 'Untuk Tiga Hari'.









Hohoho.. semuanya filem Melayu. So, what's wrong with Malay films anyway?

Change the topic.

Aku tadi ada laa jugak menatap cheese choc. Meleleh liur Terliur laa plak. slurpp.. slurrpp


 Weh... dah la. Tengah bengong-bengong je rasa, Yalah, dapat kengkawan yang skedehenk.. Duhh...
Sabar je laa.

K arr..
Apa-apa hal pasal movie yang aku nonton tu, kalau aku ghase ghajen, aku wat laa post kat sini.

Phir milenge chalte chalte
Sorry for the crap
Wassalam...

Sunday, October 28, 2012

Lonely Again...

Bismillah...

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA aku ucapkan sempena AidilAdha dua hari yang lepas. Hari ni baru ada kesempatan untuk meng'update' laman aku yang dah usang ni. Sadis...

Hmm... AidilAdha kali ni, aku sambut sensorang kat bilik aku. Yalah, dah family jauh, cenggana nak wat kan? Ada family terdekat pun, ufffhhh.... toksah laa aku citer. Biaq pi kat depa lah. Hidup sebagai perantau ni, tak guna nak rely on others.

Kalau ikutkan hati, nak aje aku g pasar sensorang, g tengok 'Aku Terima Nikahnya'. Hmm... tapi tak ada keberanian nak jalan sensorang sebab .... sebab aku ....Malas lah aku nak bagi alasan kenapa.




Aku nak sangat tengok citer ni sebab hari tu aku tengok BTS (back the scene) kat Astro, memang syahdu abiss laa. Sebab lepas Johan (Adi Putra) accident, dia terus abaikan Arlisa (Nora Danish). Aku rasa kalau aku jadi Arlisa, hmm... entah. -hahaha-

Apapun, time aku duduk sensorang kat bilik, aku layan laa citer 'Limitless' yang aku Ctrl C + Ctrl V dari kawan aku. -hehehe-



Seriously citer ni best. Hmm... tapi kalau ikut logik, mana ada orang boleh hidup berjaya macam si Edward 'Eddie' Morra (Bradley Cooper) ni. Gara-gara sejenis pil -aku sendiri tak tau whether pil tu dadah or what so over- si Eddie ni boleh jadi so damn powerful.

Isy... malas laa aku nak citer lelebih kat sini. Tak guna jugak. Korang g laa tengok sendiri. Kalau tengok sekerat jalan, mana nak paham. Kena tengok dari awal lagi. Sebab ... tengok laa sendiri. -hahahaha-

Aku nak makan FRIES!!!
Tengok, tak pepasal aku jadi macam Danish. Gilakan fries. Lagi-lagi kalau McD punya fries. Perghh... heaven abisss.



Semalam, aku makan maggi tomyam je. Lepas tu, minum coke. Then, sambung dengan Kitkat Chunky. Heaven abiss. Next, aku try coke + mentos. -hehehe- Huk aloh, mentos aku tu dah nak abis. Tapi effect dia tak ada lah explode sebab coke tu hari rabu lepas roommate aku beli. So, effect dia tak berapa sangat. But I felt dizziness. -kahkahkah- Tu laa... nak sangat ngetest pe jadi kalau dua benda tu bercampur. Kan sendiri pun dah pening.

K laa.. malas aku nak meraban lagi kat sini. Aku nak text roommate aku. Mintak Big Apple barang sebijik dua. Aku paling favorite laa yang 'Say Cheese' tu sebab dia adalah cheese. Nyaman gilak-gilak.



Tak pun, aku nak McDonalds Spicy Chicken McDeluxe yang latest tu. -huhuhu- Sorry roommate. Ko biarkan roommate ko ni mati kelaparan untuk tiga hari.. -hihihi-


 Cheh... entri ni sungguh laa menunjukkan aku kebosanan n tak tau nak wat apa sampai topik aku balik-balik movie, balik-balik makanan. Anyway, I thank you guys coz sudi baca apa yang jemari aku taipkan di sini.

Thanks again coz sudi membaca laman aku yang tak berapa ni.
Sorry for the crap and sorry kalau ada yang terasa.
Ampun maaf atas segalanya.
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam...

Tuesday, September 25, 2012

Cloud Nine

Bismillah...

Awal giler.. so, aku manfaatkan kesempatan yang ada ni untuk menziarahi blog aku ni.

Aku tengah wat keje gila. -hahaha-

Sekali 16file di cilok. Yelah, dah line tengah cantik je naiknya. Macam air terjun pun ada gak.

Hmm... balik kepada tajuk. Kenapa tajuk aku kali ni 'Cloud Nine'?

Salah satu sebabnya, aku suka barang makanan jenama Cloud Nine.


Selain daripada tu, aku just nak define keadaan aku sekarang.

Kenapa dengan aku sekarang..? Kenapa di kaitkan dengan Cloud Nine pulak..?

Aku malas nak explain pepanjang kat sini.

Buat penat mata ntah sesapa ntah. Malas aku..

Cloud Nine or bahasa Melayunya adalah 'langit ke tujuh'. Though dalam bahasa Inggeris dia 'Nine', dalam bahasa Melayu tetap 'langit ke tujuh'.

Apa yang menyebabkan aku rasa macam di heaven langit ke tujuh...?

Sebab, ALLAH bagi aku umi yang baik selama ni. So, kiranya post ni aku dedicate untuk puan ayahumi aku sempena birthday beliau pada Ahad lepas <2392012>.

Waktu aku call puan ayahumi, wish 'happy birthday', -uffhh, sebak dah ni- beliau ada bertanya,
"apa hadiah untuk umi..?"
dan aku pun menjawab dengan rasa sebak di tahan tak bersalah,
"al-Fatihah je. belum ada duit nak bagi hadiah.."
sedangkan dalam hati, ALLAH je tau macam mana rapuhnya sayunya hati bila puan ayahumi tanya macam tu.
Sebenarnya, in the middle of the night of 23 September tu aku dah wish via SMS. Yelah, mana tau, beliau tidur. Takkanlah gara-gara hari tu birthday beliau, beliau tak boleh tidur kut...?

Dahlah dalam SMS tu, memang leleh syahdu habiss ayat aku.
Dah namanya texting with your biological mum, takkan nak guna bahasa beli belacan kat pasar mengarut kut...?

Itu aje laa yang aku sempat nak kongsi.
Line ni kedengki betul laa.

Apa-apa pun, aku cuma nak pesan, kalau kita masih ada parents yang still dengan kita, hargailah mereka. Buatlah sesuatu yang buat mereka rasa bangga sebab ada anak macam aku kita adalah anak mereka.

Hmm... aku cuma nak ingatkan diri aku dan sesapa yang sudi mencuci mata kat sini.
Lagi satu sebab kenapa aku di langit ke tujuh adalah....

:
:
:
:
:
:
:

Malas aah nak citer. kahkahkahkah

Okey la, okey.. Aku cakap sekali lalu je.

AkukeneginterviewSPAbulansepuluhninanti.

Dah cukup. 
Jangan mengada-ngada nak repeat baca apa yang aku tulis sekali lalu tu.

Anyway, sorry for any crap. 
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam.

Tuesday, September 18, 2012

Aku Di Mana ...?

Bismillah

~peduli kan apa grammatical error sbb aku bkn 'terer' sgt pn ckp omputeh ni~

Let's start with a song...

Can anybody hear me?
Or am I talking to myself?
My mind is running empty
In the search for someone else
Who doesn't look right through me
It's all just static in my head
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut

Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot
Can I please come down?
'Cause I'm tired of drifting around and round
Can I please come down?

I'm deafened by the silence

Is it something that I've done?
I know that there are millions
I can't be the only one who's so disconnected
It's so different in my head.
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?

Now I lie awake and scream in a zero gravity
And it's starting to weigh down on me.
Let's abort this mission now
Can I please come down?

So tonight I'm calling all astronauts

All the lonely people that the world forgot
If you hear my voice come pick me up
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

>Simple Plan - Astronaut<
 
This song explained what I feel right now. 
Feeling like abandoned astronauts left nowhere.
Deadly serious sehh..



Why...? 
Because no body seems want to hear what I'm talking about

Can anybody hear me?
Or am I talking to myself?

Though I feel quite sad cause of that situation, I try to chill myself.
I told myself that maybe others don't want to hear what I'm talking about because they're busy.
Yes, THEY'RE BUSY...!!!

Entah lah. 
Lately, I always feel that I wanna cry badly till my eyes can't be open.
I still cannot figure out why am I always feel like that.
Feel like I am real fucking shit. 
That's it. 

Maybe you will disrespect me because of that word.
It's up to you.
It describes me. 
NOT YOU.



Perjalanan hidup tak semudah yang kita sangka masa kecik-kecik dulu.
Masa kecik dulu, boleh laa kut kata...

"nanti dah besar, orang tak nak duduk sini..."

"nanti dah besar, orang nak beli kereta sendiri..."

"nanti dah besar, orang nak jadi macam ...."

"nanti dah besar, orang  .... "

Dan segalanya tak juga berjalan macam mana yang kita rancang masa kecik-kecik dulu.
Kalau ada setengah orang suka ambil roda sebagai contoh, tak salah rasanya aku ambil air sebagai contoh. 

Kenapa dengan air...?
Apa kaitan air dengan hidup...?

Air...
Kalau di bekalkan haba, ia akan memanas.
Jadilah ia sesuatu yang di panggil air panas.
Ia bukan lagi air biasa.

Daripada air panas, ia akan di kondensasikan.
Jadilah ia sesuatu yang di panggil wap.
Wap bukanlah air.

Kalau haba dinyahkan daripadanya, ia akan membeku.
Ia tidak lagi di panggil air.
Sebaliknya ia adalah ais.

Jika air di tambahkan apa-apa jenis perasa, rasanya akan bertukar mengikut perasa tersebut.
Ia bukan lagi air biasa.
Mungkin air gula, air masin atau air berperisa.

Sekiranya di tambahkan pewarna, warnanya yang suci akan berubah.
Air tersebut akan berwarna mengikut pewarna tersebut.
Air merah, air oren atau air coklat.

Begitu jugalah hidup manusia.
Yang dapat aku tamsilkan mengikut pandangan aku.
Kalau dari zaman tuk kaduk asyik guna perumpamaan roda, bosan lah.


Apa yang sebenarnya yang aku maksudkan adalah...

Hidup kita ni sama jugak dengan air.
Bila ALLAH uji kita, sedikit sebanyak kita akan tergugat juga dengan ujian tu.
Tak kisah lah apa jenis ujian tu.
Macam air tadi...

Di panaskan, boleh sampai jadi wap.
Di hilangkan haba, boleh membeku
Di tambah perasa, jadi masin/manis/apa-apa saja
Di tambah pewarna, warna terus berubah

Sebab tu lah perlunya kita bergantung harap dengan-NYA.
Kita bukannya kuat mana pun nak menidakkan arus hidup yang sentiasa bergelora.
Macam air lah.

Air tak kuat.
Tapi kalau air banyak, ia mungkin dapat melawan pewarna atau perasa daripada menukar ia kepada sesuatu yang berperisa atau berwarna.
Air kalau banyak, memerlukan haba yang tinggi untuk memanaskannya.
Air kalau banyak, serendah mana pun suhu, pasti ada satu tempat yang tersembunyi yang tak terkesan langsung dengan suhu rendah tu.

Kat sini kita boleh cermin diri kita.
Air tu ibarat iman kita juga.
Mungkin juga ibarat diri kita.
Kalau kita tak ada benteng untuk menolak benda-benda asing
Kita akan larut dalam benda-benda asing tu

Okay, that should be more than enough bout my philosophy.
Langsung tak kena dengan tajuk.
-kahkahkah aku kan suka wat keja camtu-

Apa-apa pun, segala apa yang aku coretkan kat sini
Semuanya untuk peringatan buat diri dan sesapa yang sudi membaca.
Tak kisah lah.

Sekian, phir milenge chalte chalte
Sorry for the crap
Wassalam...

Wednesday, September 12, 2012

Busy nyerrr...

Bismillah...

Hadoo... semalam tengok jadual final exam. Pergghh.. even 4 paper je pun, aku tak sure laa yang aku boleh berdiri atas pentas untuk terima anugerah AKJ. -toksah tanya menatang apa AKJ tu-

Lepas tengok jadual final exam, aku usha sekejap tiket nak fly balik bandaraya tercintaku... Yelah, takkan abis exam masih gak nak terperuk duduk kat sini. So, quite cheap, so far. Tapi tak tau la. Sebab takkan aku nak book sendiri kut? Kang tak pepasal, puan ayahumi maaarraaa aku. Tamau la.

Kalau aku citer yang aku sebenarnya buat apa sekarang, konfem ada yang tertonggeng dari kerusi jaw dropped. Sebab? Sebab aku bukan malaikat pun, so, tak ada salah laa kut aku buat macam ni. Nak buat macam mana. Nak update kat kawasan yang halal sepatutnya, line sekedehenk dowh.

Aku tak cakap laa aku buat kerja haram benda tak senoeh, aku cuma memanfaatkan kesempatan yang ada. Hidup mesti bijak dude. hahaha.

Malam tadi, aku ketawa sensorang ngadap NigaHiga -tak kenal? kesian...- Korang nak tau apa aku tengok. Ni naa, aku bagi hyperlink je... NigaHiga gila hemsem dalam ni.

Okey laa. Tak ada apa nak di cerita pun. Saja je. K, blah dulu. Bubai.

Sorry for any crap, phir milenge chalte chalte.
Wassalam...

Wednesday, September 5, 2012

Kenapa Dengan Aku...?

Bismillah

Bukan nak emo ke hapa.
Aku cuma tak suka orang hipokrit yang menyusahkan seisi alam.
Phuiihh... Shooo yoo.
Men jauh-jauh.
Kalau tak suka aku pun, tak payah laa semua benda yang related to me seems so disgusting to you.

FYI, aku pun tak suka ko jugak.
Tapi, aku tak adalah setan sangat macam ko.
At least, aku masih amek kisah pasal hati ko.
Kalau aku tak watch out my words, ko jugak yang terasa, kecik ati laa apa laa.
Ko?
Uffhhh... sikit pun ko tak kisah pasal perasaan orang.
Blah laa weh!!!

Hmmm... sabo weh, sabo.

Camna korang expect aku nak sabo ngan manusia yang macam taiek tu?
Waktu susah, mula laa text laa, call laa nak mintak simpati.
Sedangkan waktu mood dia tengah sawan, sepicing pun dia tak nak usha aku.
Piiirrrraaah...

Okeh laa.
Buang karan je aku bebel pasal minah maha bahangang lagi maha bangap tu.
Baik aku layan lagu Taylor Swift - We Are Never Ever Getting Back Together.
Sejibik aah macam keadaan aku dengan pompuan tu sekarang.
WE ARE NEVER EVER EVER EVER GETTING BACK TOGETHER. 

Kalau orang len mungkin nga gilakan lagu Gangnam Style - Psy
aku prefer lagu minah country ni. -hoho- Y(^0^)Y
 
Akak aku cakap, aku dah masuk zaman ala-ala Addin.
Who the heaven Addin?
Alah, kalau penah baca novel Hlovate, konfem kenal.

Kenapa zaman ala-ala Addin?
Sebab busy nak mamphos.
Deadline yang sungguh buat rasa leher dah tergantung kat bumbung.

Tambahan pula <macam karangan BM laa plak>, aku kena stay active so that next semester aku insya ALLAH di guarantee dapat hostel.
Ada ke sistem cam tu?
Ehh, jangan tak tau...
 
Anyway, kalo active je buat hapa.
Pointer musti, wajibul ghunnah 3.5 and above.
Perghhh... Canthek siot..
Insya ALLAH, I will do anything in order to achieve my dream and make my parent proud of me.

Esok-esok line aku mati dah.
Lainlah kalau aku rajin nak subscribe b.band ni lagi.
Line slow, ada ati nak soh orang subscribe lagi.

Udah lerr. Kepak bahu mek naip tok ehh. hahaha

Sorry for any crap. Phir milenge, chalte chalte.

Wassalam.. ^^

Tuesday, August 28, 2012

En....taaaahhh

Bismillah

Entah apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa macam nak balik rumah dan tak balik-balik ke sini dah. Sebab? Tak sanggup nak berjauh dari rumah yang sangat sukahati-engko-nak-buat-hapa.

Rasa macam final exam tu dah around da corner dah. Tapi masih jugak tak buat any preparation. Sebab? Masih belum habis belajar dowh... -hahahaha-

Rasa macam nak menjerit sekuat-kuatnya dan menangis macam air terjun dalam citer doraemon lepas sesi menjert-sampai-habis-suara habis. Sebab? Aada feeling yang sungguh undefined sekarang ni. Rasa macam nak marah orang tapi tak tau nak marah sapa ntah. Rasa macam nak nangis macam orang mati orang terchenta. Rasa macam nak mencarut setiap kali things didn't work flawlessly as you wish. Rasa nak peluk seseorang kuat-kuat sampai dia mampus. Rasa macam nak hentak kepala kat dinding sampai pecah tempurung kepala.

Rasa macam nak gigit-gigit sesapa saja yang buat aku sakit hati sampai dia tampar aku sebab gigit dia macam gigit mentos. Rasa macam nak tidur sepanjang hari dan tak payah bangun-bangun dah. Rasa macam nak terjun bangunan. Rasa yang paling teruk, rasa NAK BUNUH ORANG. Itu adalah jenayah. Sila buat untuk mendapatkan tempat tinggal free yakni penjara, makan minum di tanggung oleh pihak penjara, segala bil-bil utiliti adalah bukan tanggungan anda.-hahaha. berani kerr?-

Adakah ini perubahan hormon? Yaaahh... dah lama aku tak jenguk buku Biologi even itu adalah salah satu subjek yang aku minat selain Sejarah dan Bahasa Melayu. Tup-tup duduk sini amek course sipicing pun tak ada kaitan dengan apa yang aku minat. Aku kat sini cumalah sebab menjadi programmer adalah salah satu kerjaya yang pernah tersenarai dalam kerjaya pilihan aku. YANG PERNAH.

Apa yang aku tahu, aku cuma tak nak orang kacau aku masa aku punya hormon tengah beraya. -hahaha- Sebab? Aku ada mereng, sawai, sekedehenk, samdol, senget, peweng, gondeh dan seumpamanya buat masa sekarang. Sakit sangat hati ni.

Cukup laa setakat ni. Aku ni tengah numpang lappy orang memandangkan aku tak ada line macam mana orang yang aku tumpang ni. -hehehe- I'm not that useless. Tapi sebab aku nak meluahkan segala sakit hati aku dan untuk mengupdate menatang nih. So, bubbye.

Phir milenge, chalte chalte. Sorry for the crapness. It suddenly happened. There's no backspace in my head. hahaha


Tuesday, August 14, 2012

Ketidakpuasan Hatian

Bismillah

Hu-ha-hu-ha tak lama lagi dah nak raya. Sedar tak sedar Ramadhan berlalu dan Syawal pun tiba. Hmm... cdeyy gak coz tak dapat nak puasa penuh. Ingatkan dapat. Alaaa...

How's my life? So far, I can only say, things have changed a lot. Sangat-sangat berubah. Sebab, orang yang aku kira boleh di harap suatu ketika dahulu, dah turn over. In other word, kami dah tak macam dulu. Rasa macam betul-betul strangers. Even pagi, petang, siang, malam bertemu dengan muka dia, tapi kehadiran aku seolah-olah macam tak ada makna pada dia.

Aku tak mintak laa dia iktiraf aku sampai ke tandas pun nak dengan aku, idak lerr. Tapi, at  least, please laa jangan buat aku rasa macam aku ni NOTHING pada dia. Bila susah baru ingat muka aku. Sedangkan waktu ketawa-ketawa, boleh pulak tengok aje muka aku yang penuh dengan tanda soal tanpa ingin menjelaskan apa-apa pun pada aku. Come on laa.

Aku dulu pernah baca satu quote pasal persahabatan. Ayatnya lebih kurang cenggini, "kawan sejati ibarat lampu yang menerangi. kawan palsu ibarat bayang-bayang yang mengekori. jadilah lampu yang menerangi, bukan bayang-bayang yang lari tika tiada lampu"

Apa-apa pun, sesapa yang baca ni, nak terasa ke hapa, idk, you know. I DON'T REALLY CARE. Aku ada hak nak bersuara apa. Daripada aku pendam sensorang, ko sendiri pun tak pernah nak ambik kisah pasal aku dah, so, aku rasa better aku buat cenggini. Aku, aku laa. Ngko, ngko dengan geng kau tu laa. Aku ni kan hampeh. Tak macam geng ngko yang much better dari aku ni.

Anyway, terima kasih laa sebab sudi jadikan aku ni koleksi kawan yang tak ada makna pada ngko. Mungkin time desperate baru stok kawan macam aku ni berguna pada ngko. Waktu ngko tengah ketawa-ketawa, aku ni boleh laa kut ngko campak ke laut. Ye laa, aku kan 'innocent' laa sangat dengan apa benda yang ngko dan geng ko ketawakan. Entah-entah, apa yang aku buat pun korang ketawa kan. But actually, again, I DON'T REALLY CARE.

Sebab aku tak nak laa termasuk dalam golongan macam ngko. Tak reti nak menghargai setiap manusia yang wujud dalam hidup ni. Aku ni helpless, nothing, so aku ni bukan laa sesuatu yang significant dalam hidup ngko. Aku harap, aku tak jumpa lagi orang macam ngko yang buat aku rasa macam aku tak layak untuk hidup di muka bumi ni.

Fuhhhh.... leganya dapat muntahkan keluar segala perasaan bengang terhadap makhluk itu. Biar laa orang nak kata aku ni macam apa, aku tak kisah. Aku tak mampu nak tutup mulut orang macam mana aku tutup tin biskut Jacob's dalam almari aku tu. Aku bukan malaikat yang tak pernah buat jahat. Aku masih manusia biasa yang punya salah dan silap dan yang penting, aku tetap manusia yang punya hati dan perasaan.

Tengok, tak pasal-pasal burn abiss puasa aku. Tapi kan, aku tak yakin sangat yang akan ada orang membaca bebelan aku kat sini. Ye laa, aku ni bukan sesapa pun pada sesapa. Kalau ada yang sudi tu, thanks ya. Kepada yang membaca dan terasa hati, mintak maaf laah. Please don't take it personally. Lagipun, aku tak dak pun mention nama sesapa dalam ni, nak terasa kenapa?

Konklusinya, aku nak akhiri bebelan aku ni dengan MAAF ZAHIR BATIN, DUNIA AKHIRAT kepada sesiapa yang banyak makan hati dengan apa yang aku buat dalam hidup korang. Tak puas hati, cakap laa depan-depan. Doa kat ALLAH supaya hantar aku ke tempat yang korang takkan jumpa aku, ke Switzerland misalnya. Korang dapat ke g sana? -muahahaha-

Sekian, phir milenge, chalte chalte. Sorry for the crap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H. Wassalam... ===____________===

Sunday, August 5, 2012

Let's Do The Countdown

Bismillah

Yahhhhhhooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!
Lagi doblas hari aku akan menjejak kembali tanah Miri. ALLAH knows how much I miss Miri and each single thing that related to Miri and myself.

Nak update ckit gamba pasal aku kat sini. Naah, untuk tatapan mata sesapa yang sudi menatap.



Ini gambar di ambil before kelas start. Hahaha, sengal giler senyuman aku tuh. -pandaipandailahkorangfigureoutyangmanasatu-

Raya ~ sapa tak suka raya? Tapi ntah mana spoilnya, dah besar baru rasa nikmat raya. -haha-
Ehh... masa kecik best gak sebab dapat main mercun, bunga api, tolong mak aku masak ayam masak pansoh -ayam yg di masak dlm buluh- dan mengisi ketupat. Part paling best, buat kuih raya. Popia lah fevret aku. Pagi time posa, sesusah nak buat. Malam lepas bukak, sesedap ati aje melantak.

Raya kali ni, tema kami sefamily adalah maroon. Which maroon? Light maroon or dark maroon? I don't know either. Yang aku sangat maklum, kalau boleh kasut raya aku kali ni adalah... sneakers. -haha- sungguh tak realistik wish aku tu. Tapi tak apa. Aku ngidam nak sneakers. Sampai laa ni, belum jejumpa g. Tak ada jodoh kut.

BTW, aku nak ucapkan takziah kepada penulis fevret aku, Syud, atas kehilangan twins beliau. ALLAH takkan buat sesuatu tu dengan sia-sia, kak. Have faith on HIM. Setiap kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kak Syud kena kuat. Who knows, lepas ni akak maybe dapat kembar 3? -AMIN-

Hari Ahad memang heaven. Sangat-sangat. Sayang tak ada tv. Nanti balik umah, memang bantai tv abiss aje kereje. -jangantirumacamsaya-

Memandangkan line ni sangat kedengki dengan aku, maka aku tak dapat nak buat post yang berjela-jela macam dedulu.

Anyway, selamat berpuasa. Ada lagi patblas hari g nak raya. So, gud luck for fourteen more days. Jangan raya awal sangat. -ngehehehe-

Sekian, sorry for any crap. Phir milenge, chalte chalte. Wassalam.


Wednesday, August 1, 2012

Sekilas Cuma

Bismillah...

Hahaha, sorry laa. Aku tak dapat lelama kali ni. Nga kelas sebenarnya. Smug line orang lagi sekali. Biasa bro.

So far, hidup berpuasa aku kat sini, sangat bahagia. Dan aku rasa berat aku bertambah dengan lauk ayam tiap-tiap hari. Nak makan seafood, sotong masak kicap tu selalu masih ada tulang. -tak mahu!!!!-

Ok lah. Lepas ni, aku nak blah. Ada sesi bergambar. Duhh.
Phir milenge, chalte chalte. Wassalam.

Wednesday, July 18, 2012

Pfffttt...

Bismillah...

Anyway, kiranya dah hampir dua minggu aku kat Politeknik Kuching (PKS) nih. Though hidup tak sesempurna mana, tapi aku selesa. Boleh di katakan aku bersyukur dapat roommate yang sama sekolah suatu ketika dahulu. <klise>

Nasib baik orentasi / Minggu Suai Kenal (MSK) kat PKS ni tak selama masa aku masuk Form 6 hari tu. Dowh... kira boleh sujud syukur dengan MSK yang cuma 4 hari tu. Kalau lebih dari tu, aku gerenti yang aku akan meroyan tahap bahangang arr.

Mana tidak, hampir setiap malam tidur lebih pukul 12. Maybe setengah orang akan cakap, "alah, standard lah waktu orentasi tidur lewat." The probs is, aku / kami kena bangun pukul 5 lebih. Dowh... what do you expect from peoples like us? Tidur dekat pukul 1, bangun pukul 5. Come on laa. Kalau dak-dak AJK MSK ngadu letih and what so ever, habis kami ni apa? Robot? Android? pfffttt...

Tapi tak apa. Daripada MSK yang aku ikut dengan hati yang mendongkol tu, banyak yang aku dapat. Anyway, kalau cerita kat sini, memang berjela-jela lah. So, better aku tak payah cerita.

Hari ni, kami mula masuk kelas. Sebab Isnin dengan Selasa yang lepas, dak-dak senior mendaftar. Perghh... rasa macam nak lari balik rumah pun ada. Yahh... dream on. Sampai patah pun kaki, takkan nya aku sampai ke rumah. Silap-silap, ambulans tolong hantar. <paham-paham ler>

Ini pun, mengupdate blog ni guna line orang. Nak guna PKS punya wi-fi, kena tunggu next week. Baru dapat register. Duhh... rasa nyesal lah pulak tak smug line bapak aku dulu. <criminal mind>

Aku doa, harap, wish, aku keluar dari PKS ni sebagai seorang programmer yang di segani. Whatever la. Maybe orang tak nampak apa kepentingan programmer dalam hidup. Tapi kalau programmer tak wujud, takkannya industri komputer berkembang.

Dan, aku akan ingat sampai mati pesan mak aku, bapak aku dan sis aku yang sudi menasihatkan aku nih. Thanks anyway. Doa aku yang utama kat sini, moga ALLAH tutup pintu hati aku untuk jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. Belum masanya untuk aku berkecimpung dalam bidang tu. Even jauh dari parents, tak semestinya aku bebas untuk bersosial.

Okeh... that's enough.
Phir milenge, chalte-chalte.
Sorry for any crap and as if ada yang terasa, please don't take it personally.
Wassalam.

Thursday, July 5, 2012

Don't Say Goodbye

Bismillah...

Sehari dua lagi, aku bakal meninggalkan bumi Miri. Sayonara Miri.
Aku ke mana?
Hmm.. aku ke Kuching. Memanglah tak jauh mana. Tapi, kalau merangkak, bertahun-tahun baru sampai Kuching oow. -perumpamaan je-

Baju aku dah siap packing. Tapi macam tak muat aje satu bagasi. Maunya tak muat. Baju kurung je dah tujuh pasang, blaus lagi, kain segala.



Beg aku tak sepah macam kat atas ni k.
Memanglah tak muat kalau nak padat semua benda dalam satu bagasi. At least, aku perlukan satu lagi beg. Dan mak aku pesan, satu beg lagi untuk stok makanan. Waaah... bagus jugak idea mak aku tu.

Aku bawak makanan asasi lah. Makanan ruji untuk golongan yang susah nak dapat bekalan elektrik. Yah, of course mi segera a.k.a Maggi. Itu memang wajibul ghunnah. Makanan dalam tin tu payah sikit. Lagi kalau dapat tempat banyak semut. Hiiisy... free-free aje dapat sesi 'tidur bersama encik semut'.

Sedih la plak nak tinggalkan Miri nih. Even aku bukannya jenis sosial sangat, tapi aku kenal Cherry Berry tu apa, Masjid At-Taqwa kat mana, USA <Ulu Sungai Adong> aje aku belum tengok. Mana taknya, macam lah aku ni suka sangat berjalan tak tentu hala. Baik duduk umah, tengok tv.

Ini Masjid At-Taqwa. Dekat dengan Imperial Mall, Bintang Plaza dan Pejabat Pos.


Hurmm.. Nak sedih-sedih kenapa pulak? Macamlah takkan balik ke sini lagi. Well, who knows. Ajal maut di tangan TUHAN. Bukan kerja kita. So, anyway, adios Miri. Lain kali aku datang sini lagi, mesti banyak perubahan. Terutama kat sini.


Mestilah ada perubahan dalam setiap pembangunan dan kemajuan. Baru maju namanya.
Aku nak packing barang yang macam penting-tak-penting ni.
Phir milenge, chalte-chalte. Sorry for eveything.
Sekian, wassalam.




Monday, July 2, 2012

Kahaani (Cerita)

Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum meneruskan kata.
-cheh, skema dowh!-

Hye... lama dah tak buat entri baru. Hari ni baru ada kesempatan.
Hari ni aku nak bercerita pasal 'Kahaani' - filem Hindustan yang aku tengok kat channel ABO untuk bulan Julai.



'Kahaani' di bintangi oleh Vidya Balan dan lain-lain pelakon Bengali yang kita tak berapa nak kenal sangat. Aku kenal Vidya Balan ni pun sebab dia pernah berlakon dengan abang aku, Shahid Kapoor dalam filem 'Kismat Konnection' -ejaan untuk filem tu memang cenggitu-.



Bestnya citer 'Kahaani' ni sebab Vidya Balan tu tak perlukan mana-mana hero untuk support dia sebagai lead role. Adapun si Rana yang adik aku cakap comel tu, cumalah pelengkap cerita. Pada aku, Rana ni memang dah jatuh cinta pandang pertama sejak dia tengok si Vidya turun dari teksi kat depan Balai Polis Kalighat.



Vidya pulak, dia sedar yang dia ni 'ibu mengandung' yang sedang mencari suaminya yang hilang iaitu Arnab Bagchi. -adik aku ketawa bila Vidya sebut nama suami dia 'Arnab'-

 -Arnab-

 .
 .
 .
 .
   .  

-Arnab Bagchi-
  


Overall, filem ni memang best. Daripada 10, aku bagi 8.9. Kira 9 lah tu...
Pelakon-pelakon Bengali ni boleh tahan gak hensem.

Macam si Rana, adik aku cakap comel.



Milan / Arnab, aku sendiri cakap dia quite hensem. Sekali tengok, macam Adi Putra versi Bengali pun iya gak. -sebab dia pun model macam Adi Putra- Additional info bout him, he's married.


Kalau En. Khan pulak, macam cikgu Bio aku time form four dulu. Ala-ala Arjun Rampal pun ha'ah jugak mamat ni. Tapi dalam filem ni, banyak betul dia merokok.



Oookey. Aku chow dulu. I've work to do. Packing.
Where? Entah. Tengok lah nanti.
Anyway, thanks coz sudi membaca laman aku ni.
Sekian, sorry for everything.
Wassalam.