Tuesday, December 27, 2011

Pro dan Kontra Teknologi

Woohuu...
Tengah hari tadi aku duk nganga melangut kejap depan tv, nengok WHI. Topik hari ni, "PERLUKAH ANTIBIOTIK UNTUK TUBUH BADAN?" <lebih kureng cenggitu laa... tak berapa nak ingat daa>

Komen aku pasal topik tu, hmm... antibiotik tu tak penting sangat kut. Coz ada immune system dalam tubuh badan setiap manusia. So, selagi kita dapat bertahan, elakkan makan ubat <aku selalu buat>. Kalau rasa dah nak mampus tak tahan sangat, baru jumpa doktor.



Kalau setakat cough, flu or fever, apa sangat laa nak di bawa jumpa doktor. Klinik pun silap hari bulan bankrap sebab masyarakat sekarang 'manja' sangat. Zaman nenek moyang kita, demam-demam pun depa still turun tengok bendang or ayam itik depa. Orang zaman dulu kan tak reti duduk senang. Ada aje kerja yang depa nak buat. Bagus laa. Boleh buat menantu.. Ringan beban makpak ~hahaha~

Tapi orang zaman millenia ni, pemalas nauzubilllah! Kalau sakit, duk baring aje kat katil <bukan tilam or tikar mengkuang>. Nak basuh baju, ada mesin basuh. Nak cuci pinggan, dishwasher ada. Bila tekak rasa nak makan, lalu aje kat 'drive-thru' dengan kereta. Even nak bangun pagi pun mesti ada alarm.



Pergh! Serba-serbi moden arr manusia zaman sekarang. That's why, ada sepicing orang tu bila masuk hutan or duk kat kampung, mulut depa mula laa duk pot-pet-pot-pet.
"Bila kita nak balik ni? Banyak nyamuk laa kat hutan ni... Habis kaki I tau..."
"Eeeii... panas lah kat kampung ni. Nenek tak pasang aircond ke?"
"Serik dah nak balik kampung. Dah lah tak ada tv. Online jauh sekali."
And sooo on...

Hakikatnya, orang kampung dah terbiasa dengan cara hidup yang independent. Nak ini, buat sendiri. Nak itu, usaha sendiri. Pendek kata, pepatah 'orang malas selalu rugi' tu memang terbukti kebenarannya bila kat kampung.


Memang laa bandar besar tu kebanggaan negara tapi orang bandar, bila dah tak dapat ber'nafas', balik gak ke kampung/tempat-tempat yang tak maju. See?

Aku cakap cenggitu bukan bermakna aku tak nak duduk negara maju. Of course aku nak... Tapi, kalau negara kita maju dari pelbagai segi, kan best?
Ini tidak. Kat jadual tulis bas patutnya sampai kat situ pukul 1320, tapi selalunya bas lalu situ dalam pukul 1340. Salah sapa?
(a) Orang yang buat jadual
(b) Pemandu bas
(c) Bas yang uzur
(d) Penumpang yang datang stesen awal

Kalau nak negara kita maju setanding dengan negara lain, aku rasa patutnya kita ada stesen LRT/komuter kat semua negeri dalam negara kita.


Paling pun, jalan raya yang macam laut bergelombang tu di naik taraf jadi lebuhraya. Tak boleh ke? <cakap senang arr... kan?>



Oooppss... aku malas nak buat kontroversi masalah. Mempertikaikan kerja yang bukan kerja aku. Senang cerita, kepada para pemimpin or sesiapa yang bergelar pemimpin negara, koreksi diri sebelum terima jawatan sebagai pemimpin.
Sanggup ke jadi pemimpin yang benar-benar adil dan saksama dalam semua bidang?
Larat ke nak pikul beban tanggungjwab sebagai pemimpin di dunia dan akhirat?
<that's why pemimpin tu mesti lelaki>

Huuuhh... penat bahu den. Dah laa wei... Aku pun tak larat daa.
Wa blah dulu...

Sunday, December 25, 2011

Bosan Itu Nikmat

Haloo...
Kenapa tajuk post aku kali ni cam pelik je? Entah laa... idea tu datang tetiba, so aku main taip aje laa apa yang aku rasa aku nak taip.

Bosan itu satu nikmat. Sapa setuju? Sila teruskan membaca. Tak setuju? Anda bolehlah menekan butang 'x' yang berkaler merah kat sisi kanan laman ni. Whatever...

Bosan memang nikmat yang orang mungkin tak perasan. Cuba kita tanya kat bebudak ofis yang sentiasa busy dengan keja depa, sempat tak depa rasa bosan? Mestilah tak sebab banyak kerja. Melainkan kalau depa tu dah muak dengan pekerjaan depa. 
Katakanlah orang tu designer, waktu depa rasa bosan, depa konfem akan design something. Tak ke nikmat?
Kalau orang yang memang dah tak tau nak buat apa, yang tahap mati kebosanan kononnya, paling dahsyat pun dia akan tidur. Bukan nikmat ke dapat tidur?
Aku pun tak faham kalau ada orang bunuh diri disebabkan terlampau bosan. Tak ada life ke?

Kalau diikutkan, mana ada istilah mati kebosanan kalau semua orang hargai setiap detik yang berlalu dalam hidup. Ala-ala macam esok nak mati. Cenggitu laa. Tapi berapa banyak manusia yang rasa cenggitu? I mean, yang rasa esok nak mati, esok nak mati. Ada ke?
Cuba bayangkan kalau kita duk sebut-sebut pasal kematian depan orang yang kita sayang, konfem depa akan cakap, "Isy, apa ni tetiba cakap pasal mati? Dah puas hidup apa?"
Tak pun, depa akan cakap, "Hidup mati tu Tuhan yang tentukan. Yang kau duk kalut pasal mati tu kenapa?"
Bagi yang agak emosi sikit, dengan sebaknya akan berkata, "Janganlah cakap macam tu. Setiap perkataan tu doa, tau. Kang mati betul-betul, aku jugak susah" and so forth....

U-turn balik kat part bosan or bore/boring, apa sebenarnya yang membuatkan kita meluahkan perkataan "BOSAN" dan "BORING"?
Pertama, mungkin kita rasa banyak sangat masa terluang dan kita totally tak tahu nak buat apa. Maka, secara automatik mulut kita akan melafazkan "BOSAN" dan "BORING BETUL".
Kedua, kita dah muak dengan perkara yang selalu kita lakukan. Dan kita akan merungut, "tak ada kerja/benda lain ke? Aku dah bosan mengadap kerja/benda ni..."
Ketiga, aku tak ada idea. Seriously. Okey, ini boring.

Macam mana kita nak outcome bosan dalam hidup ni, terpulang kepada individu laa. Coz semua orang tak sama. Aku mungkin menghilangkan boring dengan merapu sensorang depan PC. Tak pun makan. Itu aku laa.
Ada sesetengah orang, depa akan g shopping. Pada aku, shopping tu boring coz buat penat badan serta mengkopakkan poket. Kalau poket berkepuk, tak kisah laa.

Ada juga yang rela tidur, ternganga depan tv dan sebagainya. Hakikatnya, bosan tu tak pernah lari dari hidup kita. Iya ke? Kut.
Bagi aku, bosan tu sebenarnya berpunca daripada sikap tak ingin ambil kisah tentang sesuatu perkara yang tak menarik pada pandangan seseorang. Mungkin juga bosan tu berlaku di sebabkan sikap enggan melakukan apa-apa sehingga menimbulkan bahan kimia dalam otak yang mendorong kepada rasa bosan.

Rasanya, dah terlalu panjang aku diskus pasal bosan itu nikmat. Korang pun dah naik bosan membaca, kan?
Before aku blah, aku wish Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian. Hepy new year tu nanti-nanti laa. Tunggu detik tengah malam 31 Dis 2011 akan datang. Itu pun kalau aku sempat update, insya-ALLAH...
Farewell.

Friday, December 23, 2011

Sekadar Mengupdate

Fuyooh....
Setelah sekian lama <lama laa gak> aku tak mengupdate menatang nih, akhirnya hari ni aku dapat gak update blog ntahapapa ni even peminat blog ni <cheh! perahsan> tak derk laa seramai peminat blog zack zukhairi...
Tak kenal sapa zack zukhairi? Cuba try test bukak blog nih http://zackzukhairi.blogspot.com/

Dan yang membaca ni pun directly bukak tab baru, g tekan nama zack zukhairi. Eh, dia memang wujud ok. Aku salah sorang peminat blog dia, tapi dia dah lama giler tak update. Rindu woo...

Susah nak mengupdate blog kalau tak ada PC sendiri, laptop sendiri or broadband sendiri. Aku tak caya dengan wifi. Dalam CSI New York ada kata yang guna wifi ni, senang kena hack. Aku tak tau laa sejauh mana kesahihan dalil yang di katakan oleh Mac Taylor tu. Try laa sendiri.

Okeh, aku blah laa dulu. Malas nak meraban kat sini. Kalau ada segala kelengkapan untuk mengupdate blog ni, okey gak. K laa, aku blah. Sekarang.

Saturday, December 10, 2011

BOSAN!!!

Aahh... sudah!
SPM dah abis dan aku pon duk melangut kat umah macam orang yang dah tak derk harapan ntok idop. Bezanya aku still bley idop.
Bila tengok iklan vacancies here and there, rasa macam nak isi aje semua vacancies tu. Problemnya, bila fikirkan bab pakaian, transportation dan yang penting sekali, waktu solat, terpaksalah batalkan niat tulus aku tu.
Ingatkan nak cari kerja dekat-dekat umah, senang balik jalan kaki, tapi yang ada, full time aje. Yang part time, licin dah. Habuk pon tarak. Hampeh!

Dan perangai masa taun-taun sebelumnya pon berulang. Disebabkan tader kereje yang perlu di kelam-kabutkan, maka jadual harian pon jadi tongkang pecah. Mampos arr...
Nak nengok tv pon, hmm... citer yang ada pon sama aje dan takkan abis selagi astro atas bumbung umah aku terima siaran dari satelit. Hmm... boring!!!

Bila surf internet pon, macam lah ader orang nak join sembang. Plus, aku bukannya suka sangat ngomen kat dinding orang. Shegan laa wey! Maybe zaman ntok aku aktif ngomen dinding orang belum sampai kut. Bak kata orang dedulu, belum sampai seru. -muahahahahahaha-

Ader blog pon, jarang update. Ader pesbuk pon, aku duk layan game aje. Manusia? Aku nengok aje laa. Nak ngomen, kang ada terlajak kata ke tersilap taip ke, buat tebal muka aje bila manusia-manusia yang turut ngomen kat situ ngungkit kisah dalam pesbuk tu. Malu I tau! -swear, malu siot!-

Sudah nya, sanggup kerja part time jadi jaga. -hehehehe-
Saja nak update blog sendiri. Nak harapkan orang, macam depa tau password. Kang ntahapapantah yang depa post, niaya aku!
Ingatkan dah abis SPM, bley laa aku nak kumpul duit ntok blaja driving. So far, duit yang aku simpan slama ni kuar ntok menatang lain ada laa! Lagipon skarang orang cakap, blaja driving dah naik harga. Hmmm... duit lagi!

Aaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
Kenapa lah aku idop zaman ni?
Zaman yang setiap detik adalah wang. Kalo aku idop zaman pemerintahan Saidina Umar kan best. Hurmm... maybe kalo aku idop zaman tu pon, aku merungut gak kut ntok idop zaman nih. Aahh... whatever!

Dah lah hari tu aku nak beli no. pin upu depa bsn ckp dah tutup. What?! DAH TUTUP?
Yup, dah TUTUP! Depa akan bukak balik 9 JANUARI next year.
Dan waktu tu aku rasa macam nak cekik aje minah kat kaunter tu yang bagitau aku cenggitu. Ada ke patut?! Paper aku leklok dah abis, depa g tutup plak pembelian no. pin upu tu. Sakitnya hati!!!

Hmm... nak plan macam-macam pon, sekadar "Insya-ALLAH", takkan menjamin sesuatu plan tu berjalan. Lainlah kalo aku ni anak menteri. BTW, anak menteri/datuk/tan sri/dato' tu kaya sangat ke? Aku heran btol laa. Kalo aku anak menteri pon, tak tentu g aku dapat idop cenggana aku idop cam hari ni.
Kalo aku punya duit sendiri/elaun tiap-tiap bulan, senang ckit ntok aku nak g memana. Nak blaja driving ke, nak jolifoya <berjoli & berfoya> pon jadi je... Dan sumer tu takkan berlaku coz of 'kalau/kalo'.

K arr... Penat laa plak belakang aku ni. Esok lusa, tak sure g dapat update ke idak menatang nih. Even tadak peminat, kita mesti slalu update. Cheh! Buang karan. Tunggu arr aku ada laptop/PC sendiri kat umah sendiri. Tadak laa orang nak soseh-soseh pasal aku jadi jaga or aku g buat 'popcorn' tetengah malam/dinihari.