Thursday, September 15, 2011

~Masih Di Langit~

Hmm... tak tau nak tulis apa. Aku suka sangat hari hujan cenggini, lepak sensorang depan menatang nih, tetengah malam. Bebas what? Aku mana suka buat kerja orang tengok. Kang orang cakap, aku ni over rajin lah pulak... Sedangkan, apa yang aku buat, ntahapahapantah, macam lah orang kisah pasal aku.

Patutnya aku sangat berusaha study sampai bersepai segala cerebrum aku nih. Tapi, aku sekarang? Hampeh. Nak kata aku ni pandai, so far, aku still tak boleh kalahkan Kelv. Well, buat apa melompat tinggi sangat sekarang ni, perlahan-lahan dah lah. Lompat tetinggi kang jatuh gegolek bukan sedap woo...

Apa lagi nak rapukan ni? Okeh, Jumaat ni cuti tapi chegu buat xtra kelas daa. Tak apa, orang bagi ilmu free, kita amek lah seikhlasnya... Then, lepas xtra kelas, terus ciao g Bintulu. Pheww! Punya rindu aku kat Bintulu, tapi baru minggu ni ada hati nak g sana. Itu pun atas alasan yang sangatlah hampeh. Tak pe, kita kan masih bawah umur, redha aje lah atas segalanya... Ayat tak boleh blah sungguh!

Lepas tengok 2PM dengan tarian macamnganpa tu, senak urat perut aku nih. Try lah tengok I'm Your Man kat utube. Bila dengar lelama, boring lah pulak. Cheh, bukan semua lagu kalau dengar lelama, bebanyak kali memang akan jadi cenggitu ke? What, what and whatever! <'Awkward'>

Oh ya, jangan lupa nengok 'I Remember' nyanyian Bong Yong Kuk. Meleleh tu taklah kut. Tapi ada tacingtacing punya feel bila menengoknya. Adoo... kalaulah paper aku nanti ada kuar soalan berkaitan dengan MTV ke, Miss Universe ke, JK hits ke, kan senang seteret aje pointer aku. Heh! Perasan!

Bila nengok orang g bercuti, terhingin lah pulak. Bak kata aku pada orang yang selalu mendengar aku menyebutnya, semadi sekda duit <ini adalah bahasa Sarawak, jgn menyebutnya sesuka mulut anda>. Means, kalau aku ada duit, konfem nya aku tak lekat kat umah. Ye lah, dah ada duit... Dream on!

Orang cakap,  jangan amalkan study last minute. Bukan nak berlagak, tapi otak aku ni memang pesen yang senang dapat kalau study last minute. Kita tengok sampai bila hipotesis 'semakin tidak belajar, semakin tinggi markah' boleh di jadikan panduan. Penghujungnya, konfem lah, 'hypothesis is REJECTED'. Tapi hipotesis tu accepted aje bila dengan aku... ^o^