Monday, July 11, 2011

8mat?!


Demi add math, aku sanggup tak tidur malam (dan meng'update' menatang nih). Esok deadline (in fact hari ni), memang la kelam kabut. Mana tak serabut, kita dah buat cecantik, lek-lok, tetiba orang copy (siap ada yang petak-petak fotostat!) daripada group aku punya kerja! Tak ada otak what ..?

Hmmm... kalau cenggitu, baik tak yah laa. Usaha kita, penat lelah kita, sedap aje orang ambik. Tak bayar pun (even aku sendiri search kat google). Ye laa, at least kita tunjuk la sikit kita punya usaha untuk sebuah kejayaan. Daripada tak ada langsung? Itu memang hampeh laa.

Kalau ikutkan hati, dah lama aku lempang muka manusia itu menjadi lempeng. Itu orang, suka makan sambil berak, sebab itu suka tikam belakang. Hahahaha... kan dah masuk dialog Soffi Jikan kat dalam entri nih.

Bila aku tengok hidup sesetengah orang tu, tak adalah macam hidup aku. Tapi, aku tahu yang aku seharusnya sangat-sangat amat berterima kasih dapat taraf hidup yang cenggini. Miskin idak, kaya pun idak. Cukup-cukup aje (walaupun aku tau, istilah "cukup-cukup" tu tak sesuai untuk aku)

Ada makhluk tu, lucky tahap apa, aku pun tak tau, dapat family yang supportive, pulak tu dapat jadi orang femes (siapa taknak?) Well, bila aku fefikir balik, tak guna jugak jadi orang femes kalau .... ? Entah la. Orang cakap, tak elok judge orang based on first impression kita. Iya lah, kita ni siapalah sangat...

Tinggal berapa bulan lagi sebelum aku berdepan dengan menatang tu. Pulak tu, ada lagi National Service...? Nak kata aku taknak ikut program tu, apa alasan aku? (itu pun kalau nama aku kena laa...) Aku malas nak mengharap sangat benda yang diluar jangkauan aku. Just expect the unexpected. Reda aje laa... -_-'

Ni dah nak tengah Julai. Surat dari AFS, still tak da kabo. Aku tak tau la posmen tu reti ke idak cari umah aku. Kalau ikutkan hati, mahu aje aku book sendiri open ticket untuk diri sendiri. Ok what? Daripada beli tiket memahal then tetiba cancel cenggitu aje. Tak ke sayang tiket memahal tu? What the ....?

Aku baru ziarah AirAsia punya online booking ticket. Cecuba nak intai tiket untuk 22hb nanti, tetengok tiket untuk pergi dah RM221, balik pulak RM172... both ticket equal to RM393. Itu adalah harga excluding taxes and fare! Haiyo... bila aku jenguk kat MAS pulak, RM648 including taxes (untuk pergi dan balik). Ooo...key... aku tadak duit! v_v

Rerasanya, kalau book last minute, dapat tak harga yang sama? Aku manalah tau pasal book-book fly ticket ni... Kalau pesbuk, Insya-Allah...

Merapu tak tentu pasal tetengah malam, memang best! Caya la. Coz tak ada orang kacau, sume orang tido dan aku ...? Bertukar menjadi burung mata panda... hahahahaha... tak pun kelawar. Aku blah dulu untuk melangsaikan kerja yang deadline nya hari ini 11 Julai... Wassalam...