Monday, March 14, 2011

Faedah Adanya Cuti



Pepagi lagi aku bangun dengan sebuah keluhan. Coz tak tau nak buat apa. Tengok-tengok, Older Sis ngan Younger Sis aku dah kuar gi mana ntah, aku pun tak tau.


-----BEBERAPA JAM KEMUDIAN-----

Sedar-sedar, depa dah balik. Dengan satu plastik 'Speedy' yang berisi CD Khurafat ngan Damping Malam. Huyooo... Lama dah aku ngidam citer ni sejak citer ni kuar panggung bulan-bulan yang lepas. Baru hari ni, aku berjaya menengoknya secara live! haha!

 


Perghhh!!! Memang sakit jantung aku nengok citer anak Datuk Yusof Haslam nih. Mana taknya, isyy... malas la nak citer. Tengok sendiri la, baru thrill! hahaha!

Lepas abis tengok Khurafat, lepak-lepak jap. Takkan la nak nengok citer hantu direct aje terus. Tak ke naya kalau kena jantung berdegup kencang sentiasa? So, kita kena la pause kejap. Aku pun bukak la channel 711. Eh eh, Junior MasterChef laa.




Aku pun, apa lagi... layan aje laa. Tengok la George Colamboris dok ngajar bebudak masak Fillet of Beef with Tomato Concasse, Roasted Garlic and Herb Butter. Perghh... jelez aku menengok bebudak yang jauh lebih kecik umurnya dari aku dok masak masakan yang aku sendiri pun tak pernah makan. Kalau la kat Malaysia ada tv show yang cenggini, kan bagus. Tetiba... iklan, aku pun switch la ke TV3, tengok Melodi kejap.

Balik-balik iklan, balik-balik iklan. Aku tukar balik ke channel Star World, lagi bagus. Abis nengok bebudak tu masak, aku mula rasa boring. Older Sis aku pulak dok bizi melayan lagu Hurricane - 30 Seconds To Mars. Aku tanya la kat dia... "nak tengok citer Damping Malam tak?". Aku saja nak nge'test' pendengaran dia. Sah! Pekak artifisial bak kata Syud. Beberapa saat kemudian baru dia jawab soalan aku. Aku usha aje la dia dengan tepon dia tu.

Lepas aku adjust benda-benda yang connect ke tv tu, butang play terjerit kebisuan tatkala aku menekannya. Aku pun melayan citer tersebut dengan penuh gangguan. Lagipun aku dah tengok preview citer ni kat Astro Prima hari tu.

Lepas tengok dua citer hantu Melayu tu, aku dapati, mesej yang sama pengarah daripada dua citer yang berbeza, cuba nak sampaikan.
  1. jangan amalkan ilmu yang menyekutukan ALLAH...
  2. kalau bertaubat, penuhi la syarat-syarat taubat yang korang boleh belajar daripada ramai ustaz yang bertauliah
  3. kalau rasa suka // sayang // cinta sesangat sangat amat kat seseorang, cuba dapatkan sayang // cinta dia dengan cara yang elok. bukan dengan menggunakan benda-benda yang tak sepatutnya dan yang akan mendatangkan bala kepada diri korang dan keluarga korang...
  4. cinta // kasih sayang yang tulus ikhlas, suci murni, putih lepak tak perlu di paksa coz tak ada paksaan dalam percintaan
  5. terima la seadanya keadaan orang yang ikhlas mahukan kita. kalau tak suka, jangan di hina, tolak dengan cara baik coz semua manusia ada perasaan... jangan sampai orang dendam dengan kita, sudah
  6. tengok sendiri dua citer kat atas, cari sendiri nilai moral yang ada dengan sebanyak-banyaknya!!!

Adoyai... sakitnya leher aku. Ngadap komputer ni, banyak keburukannya daripada kebaikan. Terasa nak tido la pulak...



Sekian saja coretanku untuk hari ini...


Monday, March 7, 2011

Terciptanya Langkah Pertama...



Cuti... siapa tak suka cuti? Cakap sikit sapa yang tak suka cuti. Medulla oblongata dah senget agaknya.
Aku? Aku bukan tak suka cuti. Cuma kekadang nyampah la jugak dengan cuti coz dia selalu datang time aku tak ada apa nak dibuat. Time assignment menimbun, jangankan batang hidung, bayang pun tarak! Hampeh betul cuti nih.

Sekarang kan cuti, boring giler aku dibuatnya. Tak tau nak buat apa. Makan bebanyak, rasa bersalah la pulak kalau berat badan bertambah. Tido lelama pun, kesian la pulak kat mata aku ni. Tak pepasal bengkak. Nak buat apa ek? Boring tahap fish fillet masin nih.

Maka dengan perasaan tak sabar, aku pun bukak la pesbuk.


Pun boring gak. Tak tau nak buat apa punya pasal, aku try test cuba laa bukak blog. Ye laa, selama nih aku dok baca orang punya blog aje. Aku pun nak buat gak. hahahaha...

Di sini laa aku mula melakar sebuah kisah. Kisah apa? Ntah. Aku pun tak sure coz kebizian nih kita tak boleh nak agak. So, kalau aku ada pembaca pun, jangan marah kalau aku tak update menatang nih. Sorry...


 Okey... Datz all. Time to sleep. Makan pun belum lagi nih. Sekian...