Tuesday, October 13, 2015

Random Self Reflect

Bismillah..

Sebenarnya beberapa hari yang lepas dah nak update 
Tapi bila ngadap lappy, asyik tersangkut dengan benda lain je


Baiklah
Seperti tajuk entri yang tertera...
Aku nak share something yang aku selalu nak persoalkan


Korang pernah tak ada rasa ragu-ragu sebelum berbuat sesuatu?
Pernah, kan?
Aku pun sama. 
Tapi, aku selalu persoalkan apa yang aku nak buat
Okey, aku bagi situasi lah


Aku nak tulis nota, tapi aku tak ada pen
Aku nampak pen kawan aku
Aku dah ambik, nak tulis nota, macam biasa
Tapi bila aku nak mula menulis, tangan aku terhenti
Aku akan persoalkan diri aku..

"Tuan punya pen ni izinkan ke tidak aku pakai?"

"Macam mana kalau kat akhirat nanti dia tuntut?"

"Dia tak tahu, tapi ALLAH tengok"


Makanya tak jadilah aku nak menulis
Aku sanggup korek beg semata-mata nak cari sebatang pen
Padahal pen tadi ada depan mata
Tapi sebab aku overthinking sangat
Aku tak sanggup, tak sampai hati nak pakai barang orang tanpa izin


Lagipun sejak kecik lagi aku diajar untuk mintak izin 
Dalam apa jua situasi 
Mungkin aku dah terbiasa
Call me skema or whatever
But yeah, that's me :)


Jadi, aku nak tanya korang
Kalau korang dalam situasi aku tadi
Korang buat apa?
Teruskan pakai pen tersebut?
Pakai dulu baru mintak izin?
Atau pakai dan simpan macam hak sendiri?


Itu terpulang pada masing-masing lah kan?
Semua dah tahu erti dosa pahala
Berbalik kepada tajuk entri ni
Dah namanya "Random Self Reflect"
Jadi, mesti laa self reflect, kan?


Anyway, aku mintak maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa
Ampun maaf dunia akhirat
Sekian 
Wassalam... 

Thursday, September 24, 2015

Tak Kisah Lah

bismillah...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam
Happy Eid Mubarak
Moga segala amalan kita diterima-NYA
Aamiin

Baiklah..
Memandangkan aku tak ada topik lain selain movie dan makanan
Maka, aku nak kongsi laa movie yang aku nonton past few weeks..



My rating : 8.5 / 10 
Genre : Documentary 


1.  JIRO DREAMS OF SUSHI ( 2011 ) 

Sebab masa ni aku sesungguhnya teringin makan sushi.
Bila tengok movie ni, telan air liur je laa keja aku. :'(
Ini dokumentari, jadi ini boleh dijadikan panduan dan teladan bagi sesapa yang berminat dalam bidang yang sama, yakni perniagaan dan makanan.



My rating : 8.3 / 10 
Genre : Biographical, historical, psychological thriller, 
documentary, drama, romance

2.   A BEAUTIFUL MIND ( 2001 )

Based on real life story of John Forbes Nash Jr. 
Apa yang aku boleh simpulkan, cumalah kesian....
Sebab kita manusia ni, tak ada apa yang sempurna :)
Kalo korang jenis tak sabar, tak perlu tahu lah movie ni pasal apa.
Boleh terus google berkenaan John Forbes Nash Jr. tersebut, okey?



My rating : 3.5 / 10 
Genre : Comedy, Drama, Romance

3.   BAREFOOT ( 2014 )

Meski ini cerita tahun lepas, aku pun tak pasti kenapa aku download movie ni at the first place.
Aku suka tengok betapa naifnya perempuan tu.
Comel sangat. --'
Other than that? Watch it yourself. :P



My rating : 7.9 / 10
Genre : Music, Comedy, Drama, Romance

4.   BEGIN AGAIN ( 2013 ) 

Movie ni antara movie dalam waiting list movies-to-watch aku.
Bukan tak sudi nak tengok, cuma tak ada mood.
Disebabkan aku teringin nak tengok Adam Levine berlakon, aku tengok lah.
Dan Keira Knightley sangatlah awesome.
Hailee Steinfield pun cute je. Awwhhh 
Kbai. 



My rating : 5.5 / 10 
Genre : Biographical, Dance, Music, Drama

5.    TAKE THE LEAD ( 2006 )

Rindu nak tengok movie yang macam Step Up tapi tak nak marathon Step Up :(
Ini based on true story, guys. 
Kalo laa ada manusia macam Mr Pierre yang sudi nak ajar aku, hikhikhikhik ><



My rating : 7.5 / 10 
Genre : Action, Adventure, Sci-Fi, Thriller

6.   JURASSIC WORLD ( 2015 )

Tak perlu komen banyak kut.
Korang tahu how well dinosaurs 'WOWs' human beings, right?
Shoo..! Pergi tengok sendiri laa :P



My rating : 4.8 / 10 
Genre : Horror, Thriller

7.   UNFRIENDED ( 2015 )

Bosan. Itu je yang aku mampu cakap. **tapi jgn bajet berani sangat**
Tak ada apa nak diulas sangat. 
Cuma nak pesan, berhati-hatilah dalam berkawan.
Mulut jangan longkang sangat. 
Bukan semua orang boleh terima kata-kata yang kita lontarkan. 
So, be careful and watch who you be friend of. :)



My rating : 7.5 / 10 
Genre :  War film, Drama, Historical, Novel Adaptation


8.   THE BOY IN THE STRIPED PAJAMAS ( 2011 )

Ini sebenarnya novel hasil tulisan Josh Boyne.
Aku download sebab 4th sis minat war film.
Tapi aku salah. Ini bukan movie perang.
Sebab ada Asa Butterfield yang ^^ , aku layan je laa.


Itu saja lah buat masa ni.
Lepas ni nak tidur.
Esok kerja. 
Lusa baru boleh layan movie ke hapa.

Ingatkan nak layan The Maze Runner : Scorch Trials kat TGV or GSC
Tapi tak apa laahh..
Nanti-nanti boleh download free 
hihihihihi 


Ampun maaf untuk segalanya
Wassalam :)





Monday, August 10, 2015

Terbangun... Dari Lena Yang Panjang

Bismillah...


Masih boleh ucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri rasanya
Memandangkan Syawal masih ada :P

Setelah sekian lama daku sepi
Hari ini daku mengambil keputusan untuk membuat entri baharu
-_-'


Anyway, jealous jugak la tengok blog orang lain
Semuanya lelawa, cecantik
Aku je yang tak :'(
Tak kisahlah kan?


Memandangkan aku duduk kat rumah buat beberapa bulan ni
So, most of the time aku habiskan tengok movie
Dan semalam, aku baru habis tengok movie "Spare Parts"
Best? Boleh ke sini untuk lebih lanjut ;)


Antara movies yang aku dah tengok termasuklah...



Frequencies 
My rating : 8.5 / 10
Genre : Science Fiction, Mystery, Drama, Romance

1. Frequencies (2013)

Suka untuk aku ingatkan, ini movie Sci-Fi. Jadi sapa yang tak minat genre ni, boleh skip la.
Movie yang quite complicated dan agak memeningkan, to be frank. 
Aku layan jugak sebab aku nak tahu kenapa, kenapa dan kenapa. 




Insurgent 
My rating : 6.3 / 10 
Genre : Science Fiction, Action, Thriller, Romance, Adventure

2. Insurgent (2015)

Ini adalah sambungan daripada Divergent. 
Kali ni agak tough dan kesudahannya tidak mengecewakan.
Aku suka betul dengan mak si Four dalam ni. 
Tua tapi masih cantik.



The Giver 
My rating : 7 / 10
Genre : Action, Science Fiction, Drama, Fantasy

3. The Giver (2014) 

At first, aku layan movie ni sebab nak tengok Taylor Swift. 
Tapi banyak lagi sebab lain why should I watch this movie. 
Based on novel lama, tapi langsung tak mengecewakan. 


An Education 
My rating : 7.5 / 10 
Genre : Romance, Drama, Coming-of-Age

4. An Education (2009)

Ini movie buat sesiapa yang rasa desperately lonely.
Jangan sampai menyesal sebab utamakan sangat soal hati berbanding pelajaran. 
A must watch movie for all Malaysian kids yang bersekolah menengah. 
Dan juga mereka yang berfikiran bahawa lelaki kaya itu penting. :P


Cube 
My rating : 8 / 10
Genre : Thriller, Mystery, Psychological Thriller, Sci-Fi, Horror

5. Cube (1997)

Although this movie was 90's movie, tak salah kan?
Movie ni bagus untuk orang yang tak suka matematik. 
Kenapa? 
Sebab dalam ni korang boleh nampak betapa besarnya aplikasi matematik dalam hidup.


Clueless 
My rating : 6 / 10 
Genre : Comedy, Coming-of-Age, Teen, Romantic, Romance

6. Clueless (1995)

Another 90's movie. 
I bet this is a must watch movie by that time.
Kalau tak, kenapa si Iggy buat MV "Fancy" lebih kurang macam movie ni? 
Tak percaya? Boleh pergi youtube tengok sendiri.. :P


Mr. Nobody 
My rating : 7.9 / 10 
Genre : Science Fiction, Fantasy, Drama, Romance

7. Mr. Nobody (2009) 

At first, aku download movie ni sebab 4th sis nak tengok sangat last few years.
And then bila dah download, aku tak ada sebab nak tengok.
Bila 1st sis cakap kat aku movie ni best, so aku dan 3rd sis pun tengok laa.
Jared Leto sangat awesome, I tell you. 
p.s : Ini movie sci-fi, ready for your mind get twisted.

The Age of Adaline
My rating : 7 / 10 
Genre : Drama, Romance

8. The Age of Adaline (2015) 

Tetiba jatuh cinta pulak dengan Blake Lively. *drooling*
Anyway, enjoy the movie sebab malas nak cerita pepanjang. :P


Spare Parts 
My rating : 8.5 / 10 
Genre : Drama

9. Spare Parts (2015) 

Masa aku download hari tu, I just attracted to the word "based on true story".
Aku ingatkan movie pasal robot macam Chappie or something.
Bila 3rd sis aku ajak tengok sebab 4th sis buat review, makanya berdiri bulu roma menengoknya..
An inspirational movie for students out there.
No matter what you do, somehow your hard work will pays off.
Salute! 

Inside Out 
My rating : 9 / 10
Genre : **ahh lantak la ** 

10. Inside Out (2015)

Movie ni aku layang sensorang. 
Deep sangat bagi aku yang selalu emosi nihh **sobs sobs
Another way to know yourself is to know your feeling, isn't it?
Worth it, for real.. 


Errr... apasal aku update pasal movie ehh?
Dah laa tak ada kaitan langsung dengan tajuk --'
Hampeh sungguh.. 
hahahahahahamacamharamhahahhaha

Kalau nak tahu, kalau nak tahu laa :P
Hardisk aku tinggal kurang daripada 10GB lagi 
Sebab apa?
Sebab banyak sangat cinema dalamnya
hahahaha

Baiklah... 
Marilah sama-sama kita melabuhkan tirai..
Sekian sahaja coretan kali ni. 
Till we meet again.
Ampun maaf untuk segalanya.. :)


Monday, June 1, 2015

Nisfu Sya'aban

Bismillah

Malam Nisfu Sya'aban
Malam buku amalan bertukar
Moga buku baru ini diisi dgn lebih banyak amal
Amiin, insyaa ALLAH

Antara malam yg ALLAH bukakan langit
Barangsiapa yg berdoa, insyaa ALLAH dimakbulkan
Barangsiapa yg bertaubat, insyaa ALLAH diampunkan
Bersegeralah berbuat kebaikan
Dunia ni sekejap cuma
Sedar tak sedar, dah nak kiamat
Masyaa ALLAH....
Moga diberi kesempatan utk bertaubat

Nothing much to update here
That's why lama dah tak menyinggah
Singgah kalo tak masuk, tak best jugak

Makanya hari pertama bulan baru ni
Bersempena dgn malam Nisfu Sya'aban, marilah berbuat amal
Tak semestinya yg menyeru org buat baik ni baik
Sama-sama berusaha jadi baik, apa salahnya?

Tudung labuh, kopiah atas kepala, serban terjuntai bukan tiket utk jadi ahli syurga
Sapa-sapa yg berminat nak jadi ahli syurga, beramallah
ALLAH tak pandang lahiriah kita
Yang penting, iman dan taqwa
Itu yang ALLAH pandang

Tak perlu nak judge org melalui pemakaian
Kita sendiri pun belum pasti taraf mana iman dan taqwa kita
Insaflah wahai diri..

Di malam Nisfu Sya'aban yg doa kita insyaa ALLAH dimakbulkan
Aku doakan moga ALLAH beri hidayah dan taufik kepada kita semua
Moga ALLAH kekalkan hidayah dan taufik-NYA tersebut hingga ke akhir hayat kita
Moga segala amalan kita, ALLAH terima
Moga ALLAH tambahkan iman dan taqwa kita, hingga ke akhir hayat
Moga ALLAH kurniakan kejayaan kepada kita, dunia dan akhirat
Moga ALLAH pimpin hati kita untuk menjadi manusia yg memberi manfaat pada org lain
Moga ALLAH panjangkan umur kita, agar kita sempat bertaubat
Moga ALLAH luaskan rezeki yg pelbagai jenis buat kita dan keluarga kita
Moga ALLAH tambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha mentaati-NYA
Aminn..

Last words, iringilah kejahatan dgn kebaikan
Moga kita semua ditempatkan dalam kalangan org beriman dan bertaqwa
Insyaa ALLAH

Wassalam

Thursday, April 16, 2015

Random #2

Bismillah...

Agak lama tak menulis
Terasa kejanggalannya...


Well, tomorrow is my last day being practical student
Lusa dah fly ke Kuching
Malangnya, satu habuk pun aku belum siapkan
Entah apa nak jadi, aku pun tak tahu


Dan aku mula memerah otak
Apa yang aku akan buat selepas aku balik dari Kuching?
Adakah aku akan menjadi 'temenggong'?
** yelaa, dah anggur banyak sangat ditanam...


Aku masih tak konfiden dengan masa depan aku
And I know, aku memang jenis tak konfiden dengan diri sendiri
Sebab semangat konfiden tu tak pernah dipupuk dalam diri aku
Well, you know who's to blame


Memandangkan ini random post
Jadi aku nak merapu dengan amaun yang aku tak pasti banyak mana
** mesti ada amaun, eh?


Aku ucapkan "get well soon" to my eldest sister
Kesian pulak menengoknya even aku tak nampak punn
Kepada sisters yang lain
Harap bersabar, esok pasti ada **tetiba


Dua tiga hari ni, ada satu perasaan yang mencengkam
Hati dan perut aku rasa senak
Senak yang tak terucap sebab aku tak dapat nak describe sakitnya tu
Tak mainlah "sakitnya tu disini"


Pergi Kuching nanti, aku rasa macam nak lepak kat Waterfront
Doing nothing, basically
Kalau dapat naik Santubong **memang tak lahh untong jugak


Tapi cakap banyak, kerja haprak tak guna jugak
Everybody can talk the talk
But only a few can do the talk
Yelah, dalam tak sedar kita ni kadang-kadang macam tin kosong jugak
Bunyi bising, tapi tak ada isi


Anyway, macam tak caya dah nak puasa
Sapa yang belum habis ganti puasa, sila lah yaa
Kbai


Phir milenge chalte chalte
Wassalam